Tahniah Rakyat Malaysia!!!
Cuaca nampak cerah hari ini.
Langit nampaknya mengizinkan.
Mari! Kita berarak AMAN!!!
Tahniah Rakyat Malaysia!!!
Selepas meraikan 50 Tahun Kemerdekaan,
Selepas menghantar rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas,
Kita sekali lagi, telah menunjukkan kepada dunia,
Telah menunjukkan kebolehan kita yang selalu kita bangga dan riak-riakkan,
Yang mana kita selalu memegang laungan “Malaysia Boleh!”,
Dan pada hari ini, di tengah kesibukan kota di hujung minggu,
Rakyat kita yang kita selalu banggakan telah terlibat dalam kejadian,
Yang boleh dianggap seakan global…
Perarakan “aman” yang berakhir dengan rusuhan, meriam air, dan gas pemedih mata.
Dan mereka-mereka ini bertempiaran lari, takut basah…
TAHNIAH!!!
Sekali lagi, anda-anda semua telah membuktikan, kita setaraf dengan negara maju, dan tidak ketinggalan negara kelas ketiga. Dan yang bangganya, rata-rata orang yang terlibat dalam perarakan tersebut, adalah… (wait for it…)
Melayu!!!
Jangan salahkan kerajaan, jangan salahkan polis, jangan salahkan FRU, dan jangan juga salahkan perarak perarak aman ini. Salahkan mereka-mereka (dlm bilangan yang sikit) yang telah membawa masalah kepada kumpulan ini, yang membawa sikap pendek akal dan buta hati mereka bersama-sama. Mereka-mereka inilah yang telah membawa kekalutan petang tadi. Bersama dalam perarakan, tetapi hanya berniat timbulkan kekacauan.
Aku setuju, perarakan sebegini perlukan permit. Tidak was was lagi. Perarakan yang besar, semestinya perlukan pengawasan pihak berkuasa, yang akan menyebabkan beberapa laluan utama di tutup, dan hanya dibuka untuk perarakan sebegini. Dan kegagalan kumpulan ini mendapatkan permit tersebut, nyata memberi kesan buruk kepada semua pihak.
Pertama sekali, aktiviti biasa yang dilakukan terpaksa diberhentikan. Jalan terpaksa ditutup, dan banyak sekali peniaga terpaksa tutup kedai kerana perarakan ini melalui kedai-kedai mereka. Kemudahan awam mati, penghuni kota yang mempunyai rancangan sebelum ini terpaksa dibatalkan. Terpaksa hidup dengan rasa takut dan gusar perkara tidak elok berlaku.
Keduanya, ternyata, bila berkelompok seramai sebegitu, pasti ada fanatik (yang entah dari mana datangnya, yang tidak pernah nampak dalam pertubuhan, yang tidak pernah datang ketika ceramah, yang tidak pernah ada ketika pendaftaran persatuan), yang ada conflict of interest yang berlainan dari kumpulan perarakan, yang punya agenda sendiri, bertulang belakangkan fahaman lain (lelaki, perempuan, melayu, cina, india, orang luar, orang dalam, kapitalis, minoriti, sapa tahu?).
Tetapi mereka-mereka inilah yang akan membuat kacau, yang membuat konfrontasi yang tidak perlu dengan pihak berkuasa yang cuba mententeramkan keadaan. Mereka ini punya agenda sendiri, dari sekecil kuman, hingga sebesar paus. Dari agenda perkauman, agenda sosial, agenda politik, malah agenda ekonomi. Fikirkan dengan waras…
Tahniah ku selitkan sekali lagi…
Bermandilah air dan gas pemedih mata mereka-mereka yang berarak ini. Dan juga “innocent bystander” yang berada di situ hanya kerana kesilapan memilih jalan, dan kurang memberi perhatian pada berita dan pengumuman internet. Kasihan mereka.
Kepada pakcik pakcik yang berketayap, bersongkok, tahniah.
Kepada kaum hawa bertudung, tahniah.
Kepada pelajar universiti yang buhsan di hujung minggu dan berfikir,
“WHAT THE HECK, JOM, ITS GONNA BE A FUN OUTING,” tahniah.
Kepada parti-parti terlibat yang punya agenda zahir dan tersirat, tahniah.
Minta maaf kepada semua innocent bystander,
Minta maaf kepada semua pelancong luar dan dalam negara,
Yang terpaksa menyaksikan perkara gilang gemilang ini.
Sesungguhnya rakyat-rakyat negara tercinta ku ini,
Juga ada yang jahil-jahil…
Malaysia Boleh!!!
Raise your effort up a lil bit next time. Make sure the participants include armed forces like the army and all. So we can have a riot like other trouble countries. All the best to you!!!
Dan pasti ada kawan-kawan ku yang kurang setuju dengan nukilan ku.
Esok saja…
p/s:- Dan ada ahli politik, yang dahulunya meludah-ludah muka masing masing, memurtadkan satu sama lain sesuka hati, tapi pada hari ini, berganding bahu, bersenyum dan berpeluk-peluk. Dan orang-orang yang disembur air ini, adalah mereka yang menjunjung mereka ini tinggi.
Politik, amat lucu. Seperti skit Saturday Nite Live.
Geli bulu pubik ku.
Sosial value my ass.
Popularity: 29% [?]

Comments(70)
[...] peliknya ianya dari bangsa aku sendiri.Aku malu. Benar kata fendyzaidan pada postingnya mengenai Tahniah Rakyat Malaysia!!!, buntu dan kecewa dengan sikap bangsaku [...]
perhimpunan yang bersih disebalik kekotoran!
walaupun aku tak terlibat dalam rusuhan tu aku patut mengucapkaan tahniah kepada mereka yang terlibat.
demonstrasi adalah sebahagian dari demokrasi.
kenapa demonstrasi? sebab suara minoriti tidak diendahkan. demonstrasi tidak akan mengubah apa-apa di malaysia ni. mungkin perang saja yang akan mengubah semua…. tapi sapa mahu perang kan?… bagi para reformis.. ini merupakan salah satu cara untuk didengari.. tiada sapa salah… ini negara demokrasi acuan malaysia… siapa ada ringgit.. dia lah raja.
tak silap aku ada permit bagi perarakan ni. baca blog anwar ibrahim gi.
cuba kita lihat di france contohnya. mereka buat demonstrasi jugak. dan yang paling bestnye… kerajaan tunduk pada kehendak mereka… itulah demokrasi…. kerajaan yang takut kepada rakyat dan patuh kepada kehendak masyarakat…. tapi lain pula jadinya sini… kat sini kita mesti takut dengan pemerintah… macam jepun perintah kita dulu-dulu… suh telan sabun kita telan… get it?… demokrasi+dictatorshit=rakyat majoriti yang bodo-bodo.
ala… tak guna pon demonstrasi kat malaysia ni… rakyat malaysia belum bersedia lagi… silap… rakyat malaysia tak pernah bersedia apa-apa pon.
aku tak malu perkara ni terjadi. aku bangga. sekurangnya mereka ada sesuatu untuk diperjuangkan selain dari diri mereka sendiri.
I respect your opinion but I agree ngan comment ke-3.
[...] reading some friend’s blogs earlier about this issue, some supporting and some opposing and some purposely writing something [...]
memorandum yang diserahkan, tidak perlu setebal buku teks spm kalo tujuan’nya boleh di’rangkum dalam satu ayat mudah
“Beri Pembangkang Menang Pilihanraya, Itu’lah Pilihanraya Yang Bersih”
Tahi’lah mereka… mak aku siap cancel nak ke KL semalam sebab mende ni & terpaksa mungkir janji dengan saudara mara di’sana..
Tahi’lah!
@mohd ismail : golongon mereka ni masih tak sedar diuntung.mungkin kene suap hingga keliang lahad baru nak sedar!!
Kepada semua, kamu berhak memiliki pendapat sendiri. Tetapi bagi aku, perarakan ini, hanya bertujuan mengangkat sesetengah pihak sahaja…
Demonstrasi adalah demokrasi. WOW!!!
Huru hara, kacau bilau, sikap samseng, demokrasi?
sekali lagi, WOW!!!…
Kenapa perlu berlarak untuk serahkan sebuah buku beramai ramai macam tu? 3 ahli politik besar yang berada di sana menyerahkan buku tersebut, boleh datang sendiri, naik kereta besar ada aircond seat empuk, panggil media, serah saja. Tak payah kumpul anak-anak parti ramai ramai, berlarak kacau bilau, membahayakan keselamatan diaorang ni. Datang sendiri, panggil press, serah la kat sapa pun nak serah. Ini menampakkan sikap tidak bijak pemimpin korang.
Bukan takde proper channel. Saja nak buat gempak. Pilihanraya kan dah dekat. Nak tunjuk diaorang ni concern la pasal negara kat satu dunia. Ahaha.
Mana korang tahu yang diaorang-diaorang ni betul-betul bersih?
Politik la, come on. Sekejap A, sekejap B. Sekejap chelsea, sekejap man utd, lepas tu arsenal plak. Biasa la. The “IN THING”. Sekejap murtad, sekejap kawan baik, makan sepinggan, tidur sebantal, cium pipi, peluk peluk.
Demonstrasi adalah demokrasi. Wow. Tahniah.
Dan dengan itu, rakyat negara ini, boleh buang semua perlembagaan dan undang-undang sama sekali. Buang semua tolak tepi, sebab demonstrasi adalah demokrasi. Wow! Dan kerajaan perlu ikut cakap rakyat yang berdemonstrasi!
Aku bukan pro kerajaan, aku pro kemanusiaan. Aku tidak suka politik, kerana politik disertai manusia bermuka-muka dan punya agenda sendiri dan kroni. Tapi aku pentingkan kesejahteraan, keselamatan, dan keamanan.
Macam mana kalau ada innocent bystander, yakni kawan, keluarga, gf bf korang yang terkepit tempias dalam demo AMAN ini? Korang boleh dabik dada dan cakap masih bangga? Nasib baiklah takde yang mati. Kalau ada? Nak salah sapa? Polis? Bomba? FRU? Pak lebai? Student Uni? Makcik pakcik parti? AKU?
Senang macam ni la. Kerajaan sekarang, bubarkan, dan kasik saje kat diaorang ni. Biar pengikut diaorang ni rasa plak agenda tersurat dan tersirat pihak pihak ni. Amik semua. Diaorang mungkin rasa, kalau org lain memerintah, nasib diaorang terbela. Lepas ni merasa la, ntah ntah, ahli ahli politik yang diaorang sanjung ni, tak pandang langsung pakcik makcik, abang kakak, adik adik yang berlarak semalam. Lepas ni, jgn komplen plak, dan tgk “demokrasi” dijalankan…
Kalau macam tu, baru diaorang puas. Bersih la sangat lepas tu…
social value my anus…
demo Aman semalam bukan untuk gulingkan atau siasat kerajaan. tetapi untuk menyuarkan satu pilihanraya yg bersih dan adil. kalo pilihanraya tu bersih dan adil takkan ada org bising lebih-lebih lagi siapa tahu cerita tahun 99 di terengganu.
@ azraai (jika itu nama sebenar) >> percaya la, hanya dengan kemenangan/kekalahan orang orang tertentu sahaja, baru isu ni tenggelam balik. ahaha, dan dengan itu, kasik la mereka-mereka ini menang. habis cerita.
itu demokrasi jugak ke?
tambah pula, kalau sudah tidak percaya dengan sistem pilihanraya negara sendiri, jgn mengundi. lebih mudah. kalau diaorang dah confirm dah akan ada tidak ketelusan, jgn mengundi, jgn masuk bertanding. buat apa diaorang ni melibatkkan diri dalam sesuatu yang diaorang sendiri kurang percaya ketelusannya.
macam mana plak ahli politik parti lain menang pilihanraya? adakah mereka ini ada agenda dan kepentingan kepada kerajaan memerintah? ada pakatan sulit lain pulak ke? bukankah lebih mudah kasik semua orang kerajaan saja menang? lagi senang memerintah.
bukan susah nak keluarkan alasan kehilangan penyokong dan kegagalan berkhidmat untuk rakyat. senang sahaja. tambah pulak sekarang ni, semua ckp pilihanraya tak telus. kasik saja pihak BIRU menang. habis citer. peduli apa cakap rakyat yang TERSEPIT dan TERTIPU ni. betul tak? kerajaan kan diktator.
aku tak terkejut la, kalau CERTAIN ahli politik masuk bertanding penggal depan dan menang kerusi kawasan dia, semata mata nak kasik dia tutup mulut. dan lepas itu, dia tak bergiat dah dlm BERSIH ke, KUNING ke. sbb agenda dia dah tercapai. dan pakcik pakcik yg bising bising semalam, masih minum di kedai kopi mengharapkan perubahan untuk hidupnya, dan menunggu nunggu, sampai masuk kubur. lumrah alam…
so agenda sapa yang terbela?
aku tak pro mana-mana, tapi pada aku it ok to do something dari menerima semua bulat2 dari pihat berkuasa, salah ke betul ke telan je sumer. Berhimpun tu pun bukan nya dengan paksaan pun, sape nak pegi, pegi, taknak dok umah main ps3 pun takdehal. Certain2 pihak, kena suap duit dulu baru terhengeh2 nak mai, konon2 tanda setuju, sokong. so menunjukkan diorang boleh pikir la mana satu yang baik, mana satu yang buruk. Takde mana2 pihak 100% bersih dan tak corrupt langsung. Turning democracy to demonstration
aku kurang kesempatan untuk mengetahui isu kuning ini tapi yang aku dapat simpulkan this is suck!
dalam byk2 komen kat sini..i totally agree with this one
“ala… tak guna pon demonstrasi kat malaysia ni… rakyat malaysia belum bersedia lagi… silap… rakyat malaysia tak pernah bersedia apa-apa pon.”
this one really sums up everything….
aku nak tambah skit.. i think if the demonstration involved only rakyat to do justice for other rakyat.. then maybe other rakyat would be more convinced.. but if it involved opposition parties or any other hidden political agenda.. i dont think it would help contribute much to general election results next year..
@ bitter >> pernyataan yang ini aku setuju sangat. betul dan tepat. sangat sangat tepat dengan apa yang aku dan kawan kawan aku bincangkan semalam.
“aku nak tambah skit.. i think if the demonstration involved only rakyat to do justice for other rakyat.. then maybe other rakyat would be more convinced.. but if it involved opposition parties or any other hidden political agenda.. i dont think it would help contribute much to general election results next year…”
sbb dah nyata, gerakan ini diasaskan oleh parti politik lain, dengan agenda tersendiri dan kononnya nak mengadu la. bukan untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya. mahu campur tangan istana dalam politik.
dan skrg, bapak bapak politik sedang hirup air kopi cicah biskut marie, catu strategi. sedia teks ucapan untuk kutuk kutuk, fitnah fitnah, tarik undi penyokong. dengan idea konspirasi gah konspirasi watergate persis politik barat. pilihanraya kan dah dekat…!
yang join merusuh smlm, esok dapat cuti ke?
haha..pedas pedas..thanks bro..sedap membaca nie :D aku suka dengar komen2 dari byk pihak :D
[...] | 2 | 3 | 4 | [...]
ihihi~!
aku pun seronok baca entri kali nie :D
sangat hebat perdebatan segenap makhluk..
tapi bagi aku, satu saja ayat yang keluar dari mulut aku..
tentang semua ini..
“BATAK! macam puki je sume..”
(ditujukan kepada semua yg semangat nk mampus ttg perarakan AMAN kejadah ini)
aku tidak suka Malaysia begini.
nuff said.
Silalah Pandang Ke Iraq.
Silalah Pandang Ke Pakistan.
Silalah Pandang Ke Palestin.
Silalah Pandang Ke Bosnia.
Silalah Pandang Ke Negara² Islam Yang Bersengketa Lain.
Tidak Puaskah Duduk Di Malaysia Sehingga Kita Merasakan Diri Kita Ditindas Oleh Kerajaan Sendiri? Sedarlah Dalam Agenda Zionis Sentiasa Cuba Untuk ‘MENCUCUK’ Negara² Islam Agar Bertelagah Antara Satu Sama Lain.
Dan Kejayaan Utama Mereka Adalah Apabila Mereka Berjaya Mencucuk Rakyat Sesebuah Kerajaan Untuk Menggulingkan Kerajaan Sedia Ada.
Hidup Perhimpunan BERSIH Kerana Berjaya MemBERSIHkan Jalan² Di Kuala Lumpur Kerana Disembur Air!!
[...] FendyZaidan Sejuk IcedNyior Pyrokumprix [...]
totally agree ngn ang..
susah btoi la manusia 3rd class minds ni..
dh nk wat perarakan wat la leklok..
jgn la smpai tuka jd riot..
demokrasi??to hell with that..
p/s:pulis jgn tangkap aku sbb komen ni aku xkawen lg
“Bukan takde proper channel. Saja nak buat gempak. Pilihanraya kan dah dekat. Nak tunjuk diaorang ni concern la pasal negara kat satu dunia. Ahaha.”
demonstrasi tu adalah satu medium untuk memberitahu masyarakat bahawa terdapat masalah dalam sistem yang sedia ada… mereka kata mereka ada bukti… jadi bagi la mereka bentangkan bukti mereka tu… ini negara bebas kan?…
the problem is you guys nampak demonstrasi is a some kind of evil… probably sebab brainwashed media massa malaysia… come on… lembut sangat la korang ni…. gi baca wikipedia gi.
ape yer proper channel tu? dijajah oleh pemerintah sendiri… cool ehhh?… zaman jepun all over again. mari telan sabun.
“When people refuse to obey, then democracy comes alive.” – Howard Zinn
tapi seperti aku cakap dalam komen awal2 aku… rakyat malaysia tidak pernah bersedia untuk apa-apa. esok saja.
[...] ramai orang tengah kecoh dengan gelombang kuning dari Qaiyum, dari Beck, MohdIsmail, IcedNyior dan lain-lain blog, tak kisahlah samada menyokong atau tidak si Kuning ini, [...]
@ bella >> jgn mencarut siut. tak elok. ckp elok elok la…
wow. sikit sikit media massa, brainwashed. takde lain.
aku jarang tgk berita kat tv, aku jarang baca paper tabloid semua.
aku tgk CNN, BBC, aljazeera.
aku juga baca harakah. tapi mmg tak masuk. mmg tak masuk.
demokrasi itu juga adalah pemerintahan yang ditentukan majoriti. dan jumlah yang hadir hari itu, x10 sekalipun, masih bukan majoriti yang berhak bercakap untuk rakyat Malaysia. tambah pula perhimpunan yang disertai parti pembangkang, yakni yang tidak dipilih majoriti rakyat MALAYSIA untuk memerintah. itulah demokrasi namanya.
tolong jangan cakap “KAMI BERCAKAP UNTUK RAKYAT MALAYSIA”,
kerana aku rakyat Malaysia, dan mereka tidak bercakap bagi pihak aku.
apa apa sajalah. takde siapa akan berpuas hati dengan keadaan ini. baik KUNING atau orang lain macam aku ni. selagi mereka tak dapat apa yang mereka mahu, selagi tu la mereka bising. harap harap dapat la apa yang diminta tu, dan selepas ini, bila mereka tidak dapat apa yang dicita, kluar la teori konspirasi yang lebih dahsyat. yang keluar tanpa bukti, tetapi hanya cerita dari si polan ke si polan yang rata-rata percaya.
politik, amat lucu.
sebab itu aku lebih gemar tonton porno.
ahli-ahli politik yang dahulunya kerajaan, tetapi sekarang sudah jadik pembangkang, dahulupun memerintah dalam kerajaan yang dituduh tidak telus, rasuah, korupsi dan sebagainya oleh parti pembangkang. dan ketika ini, kenapa mereka-mereka tidak gunakan maklumat yang mereka ada ketika bersama memerintah kerajaan untuk menjatuhkan kerajaan yang KORUP sekarang. itupun KALAU ADA berlaku KORUPSI waktu itu. atau mereka-mereka ini pun takut dituduh TIDAK BERSIH ketika memerintah dulu? rosak la imej.
lucu tak? bulu pubik ku geli dan berketar ketar…
sudah la, layan porno lebih baik.
ada aksi orang gongong orang yang lebih berahi.
nizam nuri dah komen ke blom. ke guna nama samaran.
nak dgr gak komen komunis dia sebagai seorang sosialis.
rupenye masiha da lagi makhluk kuning ni yang tak sedar diuntung kerena disogok oleh pihak tertentu.sedarlah budak2 kunin.anda telah dipergunakan oleh mereka untuk mencari isu pada PRU akan datang.dan saya percaya kamu pasti menyesal nanti
all this talk about politic buat aku nak muntah. aku setuju dengan beck dlm beberapa perkara. ade segelintir orang yg buat perarakan BERSIH jadi KOTOR, orang-orang yang ada agenda tersembunyi. aku percaya perarakan ni tak mungkin dapat permit sbb siapa nak bagi permit utk perarakan yang mahu memburukkan kerajaan (?). haih. entahlah. aku tak layak bercakap tentang politik, suatu perkara yang aku benci dan kurang arif.
yang aku tau, aku cuma mau rakyat malaysia aman-aman. keluar dari rumah tanpa rasa takut-takut. hidup dengan rukun dan penuh cinta. aku tau ada perarakan BERSIH, tapi aku keluar rumah juga. damn it, aku cuma mau ke maju junction, berlibur sama tersayang, hari minggu bukankah sepatutnya hari keseronokkan rakyat malaysia. apa sudah jadi? aku tersekat dlm kesesakan kerana BERSIH ni, tapi aku tak kisah sbb aku dah expect pun. sewaktu tersekat aku lihat ramai manusia berbaju kuning dengan slogan BERSIH di dada mereka. dalam hati aku berkata: “bapak-bapak siapalah ni?”
aku: “banyak orang-orang tua ya sayang?” (sambil lihat pakcik-pakcik BERSIH)
dia: “mungkin dah habis jemu duduk kat rumah atau minum kopi kat warung”
entahlah. aku memang tak faham mereka-mereka tu. kalau bawa anak isteri keluar jalan-jalan lagi afdal.
“tolong jangan cakap “KAMI BERCAKAP UNTUK RAKYAT MALAYSIA”,
kerana aku rakyat Malaysia, dan mereka tidak bercakap bagi pihak aku.”
memang tidak bercakap untuk kau tapi bercakap untuk mereka golongan minoriti sahaja… golongan-golongan yang selalu rasa diri mereka ditindas oleh pemerintah sendiri…
if you think bahawa sistem kita sedia ada is ok… so be it… but still sesetengah golongan minoriti masih fikir bahawa mereka ditindas.. so at least they do something about it dari duduk di dalam bilik sambil masturbasi melayan porno kan? apa yang penulis akan buat bila dia tidak berpuas hati terhadap kerajaan dia sendiri?… tulis surat bantahan dan hantar kepada headquaters UMNO?… panggil TV3?… atau duduk berdiam diri sambil masturbasi di dalam bilik?… mana lebih baik?… mana channel yang sesuai?…
politik malaysia sungguh kelakar… betul!… rakyat-rakyat dia lagi kelakar.
nak tanya siket..boleh..sapa orang besar yang datang serahkan watikah tu. Ape nama dia? Nak tau jugak..
@ azzu >> kita sosialis kot. sbb tu kita rasa lebih elok bawak family kuar jalan jalan, tapi tak boleh gak, dah jadi mcm ni, jalan semua tutup. trafik jam. tapi takpe la, menarik gak. harap harap, perarakan maulidur rasul tahun depan pun ramai mcm ni juga la. jangan harap sbb pejabat ckp wajib je dtg. sukarela mcm ni kan bagus…
ya ya, masturbasi lagi bagus,
melayan porno tera patrik atau jenna jameson,
berahi nya lebih bermakna,
dari berahi manusia agenda hanya menaik taraf diri ni.
ahli politik juga rakyat malaysia,
jadi tak salah la ayat rakyat malaysia lagi kelakar tu.
setujuuuuuuuuuu…
sekali lagi, dengan julung julung kalinya…
politik sangat lawak.
begitu juga dengan pengikut parti politik ini,
termasuk pemimpin pemimpinnya.
sangat lawak…
lucu…
tolong la jgn komen secara anonymous…
kesian kat korang…
@mrozaidi >> check site harakah daily. ada kot. sumber berita yang sangat boleh dipercayai dan takde agenda brainwashed. sure ada punya. isi memorandum tu pun ada rasanya.
“this is malaysia democracy style”~
penoh taktik kotor serta tipu muslihat.
setiap org ada agenda tersendiri.
hari isnin aku penuh hiburan politik… ha ha ha haa..
@ mohdismail >> kat blog ko lagik lucu. lucu sgt. aku nak tergelak la… hari ini penuh ngan gelak je baca blog ko.
aku setuju gerakan ini klu lah ianya bukan berpaksikan mana2 pihak..
tapi cuma aku heran.. mayb aku ni bingai kot.. adakah dengan bagi memorandum tu kat agong .. ada antara isi2nya akan menjadi kenyataan?? dan lagi.. kenapa pihak istana tak nampak benda yg org awam nampak? sogok? dah kaya bonor dah.. takot kena ban?? kan ke dah kebal?
justin timberlake kirim salam
@ ngahahaha >> aku pun setuju kalau takde parti politik yang terlibat, tapi ini rata rata pengikut parti pembangkang je semua hari tu. dan isu yang dibawa, lebih kepada kepentingan parti politik daripada rakyat jelata.
@ anonymous >> waalaikumussalam. ahahhaha!
hi bali!!
ini lah sikap melayu yang susah hendah diubah…ada begitu cara orang melayu yang kaya dengan sikpa lemat lembut….sedarlah wahai orang kita….kita semakin ditinggalkan!!!!!!!
elo? ini negara demokrasi. sape2 boleh suarakan pendapat. ko kalo tak puas ati memekak kat blog. memekak. tp ape action takde la kan? hanya tulisan. bagos. aman dunia. tapi ade orang nak suarakan pendapat cara demonstrasi. tak bagos. tak aman. tp apa nak buat. kita kan negara demokrasi. dah kalau TAK SUKA cakap pasal politik, ape bising kat sini? tak payah bukak topik. gi layan porno dan masturbate. politik memang kotor. porno tak kotor. ahahah~ melayu…
@ kita >> aku tak tahu ko masuk belah mana. tapi sikap ko bila bercakap dengan menggunakan MELAYU cukup aku tak boleh terima. jgn generalisasikan bangsa. tak elok. tindakan individu sepatutnya tidak diambil kira dalam identiti bangsa. jadi, apa yang ko cuba ckpkan tak berbeza dengan mereka-mereka yang bersifat RACIST. jadi tak elok kita ckp dengan menggunakan konteks MELAYU. harap tuan/en./cik/puan kita faham maksudku. aku tegur ni, bukan marah.
@ ikim >> aku rasa, ko ada agenda peribadi yg tak kesampaian. cuba ko cerita apa masalah ko kat aku. mana tahu, aku boleh tolong…
apa yang aku baca di blog mohdismail sangat merisaukan dan menakutkan. sangat sangat. tapi takpe. demokrasi perlu ada orang orang seperti mereka dan orang orang seperti kamu dan kamu.
dari isu perarakan, keluar semua isu politik. kalau isu SPR tu takpe lagi, sbb berkenaan ngan memorandum khas untuk perarakan tu, ini sampai dah lari tajuk. isteri paklah tak pakai tudung pun ada orang nak bising dan buat isu. takde isu lain ke chot. kesian chot kena bahan kat sini plak, takpe chot, ko ganti bali kejap.
bila sokong kerajaan, org BA ckp berkarat, minda tak terbuka, bodoh, fikiran singkat, tak terbuka mata. kalau sokong BA pulak, orang kerajaan ckp tak bersyukur, tak kena tempat, tak meyakinkan, tak sedar diri, nak melingkup, tak terbela bangsa (tapi kalau undi DAP bagus gak, sbb dia membela semua bangsa, sama rata, adil dan saksama, takde keistimewaan orang melayu)…
bila cakap macam ini, org cakap bodoh, berkarat, semua sebab tak ikut pandangan diaorang 100%. so camno? aku takde kerja bulan depan, diaorang yang pandai pandai ni ke nak kasik kerja? kalau boleh, aku no hal, aku ikut ko sampai liang lahad. aku dapat kerja, anak bini ko pun aku boleh kasik nafkah, zahir dan batin.
so takde la demokrasi dalam negara ini, hanya ada manusia berpuak puak yang suka berlaga dan tunjuk sapa hebat, domestik malah international bak kata abang universiti. dan satu pihak tu memerintah sebab nasib dia baik, dan kalau izin tuhan, yang sebelah lagi memerintah, nasib baiklah bagi pihak dia pulak. rakyat, tetap mcm ni, tersepit. percaya la. takde sapa akan puas hati walau sapa pun memerintah. sebab manusia dilahirkan dengan kemahuan dan nafsu.
dilema macam ni
aku rasa, aku taknak mengundi la.
takut. takut tanggung dosa.
sbb mana mana aku sokong pun, org ckp bersubahat. tak telus.
atau aku patut pangkah calon bebas. tapi kang, bila calon bebas menang, berebut rebut pulak parti politik BN ke, BA ke, nak tarik masuk parti diaorang.
takyah ngundi la PRU nanti… senang.
tapi nanti ada orang ckp org macam aku bodo. ada kuasa memilih tapi taknak guna. tapi mcm mana nak guna, setiap pihak yg aku pilih, selalu mendukacitakan aku, baik pemimpin, dan pengampu parti. dan bila berubah pihak aku pilih lain, selalu pulak ditohmah pihak sebelah lagi. so sila tunjukkan pada aku, parti politik mana yang patut aku masuk dan sokong, sahabat sekalian? sebab pilihan aku tak bagus seperti pilihan korang. itu yang aku faham dalam 2 hari ini. huhu~
aku rasa, aku mahu jadik komunis sosialis seperti nizam-nuri. lebih afdal. tak perlu menjawab pada sesiapapun. korang nak pergi mengundi? silakan, aku mahu layan cuti free pada hari itu. sila pilih kerajaan ku dengan baik baik. aku akan mencari mu diakhirat kelak kalau tersalah pilih dan menyusahkan aku dan keluarga ku…
esok saja…
p/s:- pandai tak? entri dalm entri. hebat. abang bijak pandai universiti pasti tak tefikir, sbb ini pemikiran kampung. bukan international punya.
ewah masuk nama aku pulak. takde takde. aku sokong BERSIH… baru rage against the machine. sebagai peminat setia rage against the machine dan justin timberlake aku dengan sebulat suaranya menyokong setiap aksi yang akan mengubah negara! turunkan harga minyak! keistimewaan untuk semua rakyat! turunkan harga wang hantaran kawen! dan mansuhkan ptptn (kalau ada parti bole wat mcm ni aku sokong dol)…. hehehe… yerghhhhh!!!
POWER TO THE PEOPLE!!
dan beck walaupun kita tidak sebulu tentang hal ini.. tapi kita masih lagi cool kan?
kalau BERSIH boleh buat semua yang ko cakap tu nizam, mansuhkan PTPTN, mansuhkan wang hantaran kahwin, kasik minyak free terus, aku pun mahu sokong BERSIH, atau parti politik di belakang BERSIH. atau pemimpin besar di belakang BERSIH. pendek kata BERSIH la…
ala nizam, sejauh mana kita bertengkar dan berbeza pendapat,
kita tetap cool. u know i love u, man…
tak abis lagi ahli2 politik ni berdiskusi? huhu
salah kerajaan jugak ke?
tp korang tgk sendiri laa kan..US pon xdak maslah masa org2 rakyat2 mereka xpuas hati kt presiden diorg ttg kempen anti keganasan bush …diorg leh plak suarakan perasaan mereka dgn demostrasi yg aman..nih kita malaysia beb…nk canggih laa konon tp akal pendek beb..perghh pikir sendiri laa salah sapa..cuba dua pihak saling kerjasama..xkan ada laa masalah yg mcm nih..boring aku tgk kebodohan kita sendiri..melalui ketukan kekunci….pikir2kan lah..
@ razifmustapha >> ko nak tgk ahli politik, gik mohdismail nye site. byk ahli politik bijak pandai kat situ. sini takde ahli politik. org org biasa je. sbb kitaorang terlalu bodo utk politik. baik pegang cangkul, gik menoreh. ustaz ustazah tak bertauliah pun byk.
@ adib >> tapi bagi diaorang inilah caranya, itulah yang terbaik. demokrasi kata diaorang, tapi bila orang lain suarakan pendapat, semua tak betul. semua salah. semua karat, semua bodoh. diaorang je la yang pandai. demokrasi la sangat. terima saja lah hakikat, yang manusia dilahirkan berbeza beza, ada yang A, ada yang B, dan ada yang Z. sudah la.
nak maki hamun pendapat orang lain buat apa. aku bukan boleh, kalau tak respect pendapat aku, koraong pikir aku nak respect pendapat korang, lagi lagi, tulis secara anonymous. adoi. lepas tu ada hati ckp org lain takde telur. anak jantan la tu. tapi itu demokrasi la. demokrasi. apa beza diaorang ni, dengan pengundi hantu yg diaorang selalu sebut sebut tu ek? oh, ada ada beza.
aku ckp politik adalah lucu dan suka gelak pun org ckp aku tak sayang bangsa dan nak tgk bangsa aku lemah. tak masuk akal la pernyataan tu. politik bagi aku memang lucu. ko kena jadi pemerhati, bukan pengampu sebarang parti politik, baru ko nampak. BA ke, BN ke, semua pak lawak.
sudah la, blog ni bukan blog politik pun, blog manusia SPM pangkat 2. bukan blog bakal lulusan universiti yang ckp merepek…
p/s:- ini aku tak boleh lupa la. sbb blog mohdismail dihuni oleh manusia celik bidang/lulusan uni berijazah IT, mereka dituduh tidak nampak dunia, tak terbuka mata. lawak sial pernyataan ni. lawak bebenar. sbb dia lulusan degree yg lain, dia boleh ckp bebudak IT macam tu. degree ko amik sekarang, pilihan keberapa wei dlm borang permohonan ko masuk uni? ke 4? 5? 6? takpun takde dlm pemilihan, atau ko calon lelong? sedar la sikit. jgn memburukkan ilmu orang lain.
terbakar la aku dengan api neraka esok…
kepada geng otak kuning.pikir la sebelum bertindak!!jgn jadi macam anjing dan bayang2.hahaha
sape maki? aku tengok komen penyokong bersih takde pulak yang maki-maki hamun. cuba cek sapa yang menggunakan perkataan provoke dulu. heheh.
ye memang aku sudah sedari dari awal lagi bahawa setiap manusia ada pegangan masing-masing. tapi setiap manusia juga mempunyai peranan untuk mengubah dunia kepada yang lebih baik.
sekali lagi. POWER TO THE PEOPLE!!
@ sejuk >> dude, ko bercakap, please pilih perkataan elok elok. jgn provoke dude. matters ni dah cool dah. orang dah mula hidup elok elok dah.
@ nizamnuri >> ko dah daftar mengundi ke? mengubah dunia menjadi yang lebih baik, tetapi apa apa pun bermula dengan diri sendiri. bukan? tapi aku faham mana hala tuju dan maksud ko. sapa tak mahukan perubahan dunia yang lebih baik. orang jahil je.
tapi kan semalam kan nizam, aku terfikir je apa yang ko ckp, kalau berjaya mansuh PTPTN, mansuhkan kenaikan harga petrol, kurangkan wang hantaran, alangkah bahagia nya hidup. parti politik mana yang boleh menjanjikan itu, aku sokong sampai liang lahad. serious…
[...] Banyak artikel-artikel dan ulasan-ulasan menarik boleh didapati di pemikiran kuning yang baru, tahniah rakyat malaysia, koleksi gambar perhimpunan bersih 10 november 2007, gelombang kuning la kononnya dan banyak [...]
……… tak terkata aku. hahahahha. pening aku baca komen2 para bijak pandai kat sini. ramai yang lagi genius dari aku rupanya. damn. aku ingat aku orang paling genius di dunia.
eh, takde sapa nak perjuang kan PTPTN free ke? banyak siot nk kena bayar balik.
@ jasmine >> tau pun. suara rakyat gak ni. tolong la rakyat tersepit. tolong mansuhkan PTPTN. ahahhaa…
jasmin. gi wat riot. soh beck anta memo kat Tok Pa (Dato Mustapa).
tade sape nk dengar suara rakyat minoriti yg malas bayar ptptn ni. ahhaha~~
fendybeckzaidan aku xde agenda sendiri la.
masalah sendiri ade la. mail je leh tolong. uhuhu…
politik adalah bosan. bukak topik lain la beb.
@ ikim >> takpe la, ajak la orang lain, ajak nizamnuri. aku bukan jenis riot ni. ko boleh ajak abg abg universiti lain riot. wa tak suka riot riot ni… semak… lagipun benda tu tak penting. ada duit bayar la, takde duit jgn bayar.
put yourself in their shoes.jangan kata org ini bodoh orang itu bodoh. demokrasi perlukan revolusi. mereka yg hidup ’selesa’ dengan government yg ’selesa’ je yg anggap demonstrasi itu tidak penting. apa lagi yg ada nak perjuangkan sesuatu dlm government yg bersih ni? orang yang tak faham politics je yg view benda ni bodoh. tapi macam mana diorang fight pun,demo sana sini pun, dah memang dlm constitution Malaysia termaktub, oppositionist takkan dpt pegang federal government. selesalah kamu dalam negara yang selesa.
i’m with u zack! yerghhhh!!
POWER TO THE PEOPLE!!
hurm..ok,kepada semua belah samada kuning atau biru.aku mintak maaf k kalo ada aku terkasar ckp.takpe la,kita kene terima bahawa ada yang pro dan ada yang kontra,hak masing2.mungkin ada sebab sesuatu terjadi dan kita kene muhasabah diri sebelum membuat sesuatu perkara,,sekali lagi maaf dipinta.
salam sejuk
ape yang bolih kat malaysia ni…? disko, babi, arak, pelacuran, rasuah, ….
@ zack de la rocha >> ni sorang lagi anonymous.
macam ni la. korang sendiri ckp demokrasi itu ini. ok, fine, have it your way. demokrasi tu bukan ke pilihan. so kalau aku ckp aku pilih kerajaan sekarang, kau nak buat apa? kau nak sokong BA ke, apa ke, itu pun ikut suka la. demokrasi kan? mcm biasa la, kalau ko pandai politik, sure pakai identity rahsia. konon hero la. aku dah cool dah benda ni, tapi sbb ada org org mcm ni, aku rasa, tak payah la aku berfikir lagi,
so demokrasi la juga kalau aku ckp aku tak sokong perhimpunan AMAN ni. so ko nak ckp apa, dan demokrasi la juga bila aku ckp perhimpunan ni bodo, sama la, demokrasi. aku memilih!
SO AKU DECIDE, AKU UNDI BN ATAU DAP.
pergi mampus la aku atau sesapa pun nak ckp apa pun, ini juga demokrasi.
bersyukurlah takde yang mati hari tu. kalau ada, diaorang tentu pikir diri diaoranghebat…
rata rata yang sembang PRO BERSIH kat sini atau mana mana pun, bukan pergi pun perhimpunan AMAN tu. semua menaguk di air yang keruh je. aku pun tak pergi. aku tulis dari persepsi keamanan dan kemanusian. aku pada mulanya tak masuk mana mana pihak pun, baca balik entri aku. kalau tak faham, gik amik SPM balik.
korang cuma nampak POLITIK je, politik politik politik. sebab tu aku ckp, politik sgt lucu. politik la yang kasik kau makan? pergi mampus la dengan politik. guna rasional la sikit. keamanan dan kesejahteraan tu yang kasik korang kebebasan dan kebolehan mencari rezeki halal.
pergi semak balik apa reformasi buat(ini takde org mati, tapi harta benda byk rosak), pergi semak balik insiden kampung medan, pergi semak balik apa jadi pada 13 mei 1969, sebab apa? sebab ada ORANG MATI hasil dari fanatik-fanatik ungka macam ni la. yang satu tu, pasal individu, yang dua lagi yg dahsyat sikit, pasal kaum. rusuh. kalau hari BERSIH tu ada org mati, tak kisah la BERSIH ke, BIRU ke, KELABU TAHI BABI ke, kalau polis mati, kalau org jalanan mati, korang rasa, apa akan jadi? sama la jugak kalau time, pilihanraya, sbb fanatik fanatik ni, kalau bergaduh, pepaham paham la, konek sendiri pun angkat keluar tunjuk kat org, dan kalau ada yang mati? macam mana? pikir la, biasa la, org politik mmg macam tu, bermuka muka. kalau tak sembunyi belakang pengikut, selalunya anonymous.
aku ada baca, kalau gerakan BERSIH ini dibelakangi majoritinya PAS, kenapa PAS tak guna sultan Kelantan untuk hulur memorandum ini kepada AGONG? kenapa? tak percaya dengan SULTAN sendiri ke? itu cara afdal. lagi bagus. mcm aku ckp la, ada cara afdal la nak buat apa pun. macam aku ckp, kalau takde parti politik di belakang BERSIH ni, mungkin aku sokong.
makin lama aku dgr org org politik bercakap, dari kedua dua belah pihak, makin aku rasa, org org kita, semua nak wujudkan jurang dalam bangsa sendiri. taktik keji mengkeji antara parti ni, aku rasa, dah muak sgt. sgt sgt. dah lama sgt dah, A kata kat B, B kata balik kat A. its getting old. sebab ada manusia manusia picisan macam macam ni la buat aku rasa mcm tak guna la kita bercampur dan berpuak puak, dan rasanya, kasik pada DAP la lagik elok. lepas tu kita tgk la melayu melayu kita yang sgt hebat berpolitik dan fanatik ini, merempat di negara sendiri. politik la yang kasi diaorang makan. silakan, makan dengan kenyang kenyang…
bukannya tak boleh bekerjasama. saja nak bolot semua. sama la, kerajaan pun sama, pembangkang pun sama. sapa sapa perintah negara kecik sekangkang kera ni, akan buat benda yang sama. kerajaan baru yang korang nak wujudkan pun, tak tentu lagi bersih. skrg pun dah nampak tak bersih. kerajaan pun sama la, semua atas individu dan tahap kebuluran diaorang diaorang ni nak kumpul harta. pergi mampus la…
yang fanatik fanatk kat bawah tu, kalau selagi korang rasa, boleh ampu, sila la ampu. mungkin dengan ampu nanti, hidup korang senang di bawah pemerintahan kat bawah pemimpin yang disanjung tinggi tu. tak kira la kerajaan ke pembangkang. sama je. pergi la cium buntut keldai keldai ni. moga moga, di akhirat esok terjawab la segala BERSIH atau TIDAK BERSIH korang ni. KORUP atau TIDAK KORUP. tuhan je yang tahu.
POWER TO THE PEOPLE…
@ abe mat >> semua tu tak boleh abe mat. jgn la kita cari. tanya balik, tauke tauke sapa yg pegang benda ni semua? lagipun abemat, snuker yg dulu haram pun, skrg dah tak haram abemat. cuba abemat check balik. bukan kerajaan je yg kasik lulus semua, kerajaan negeri pun ada yang buat kasik lesen ni. cukai dari arak dan semua ni, bukan la pendapatan bagi pihak kita abe mat, ia merupakan denda, dan cara mengawal penjualan benda haram bagi orang Islam ni abemat. kat negeri nun di sana pun, masih ada kedai takde lesen jual arak, tapi jual arak. bila buat operasi, kena kompaun je abemat, lepas tu bukak balik mcm biasa. camne plak tu abemat ye? mcm pelacuran tu, sah sah la haram. takde sapa yang waras dan punya keimanan carik pelacur ni abemat. itu perniagaan haram, takde pelacur yang ditangkap tak didakwa… ntah la abemat. semuanya bermula dengan diri sendiri. dunia ni dah tunggang terbalik. tak kira la sapa yang pegang.
oh lupa, nak kasik balas nizam…
kepada nizamnuri, ko pun boleh pergi cium buntut people yg ramai dekat 50k lebih ari tu. pergi pergi. its demokrasi babe. takde sapa nak marah. aku pun suka tgk. ahahahahhaa… lawak je ni oi…
tapi kita tetap pasangan kekasih, aku tak jeles…
min ckp ko sakit mata? apsal wei, kena tumbuk ke?
p/s:- tolong letak url ko dude, sbb aku tak larat nak update sendiri…
Sukar untuk kita kenal pasti siapa yang benar dan siapa yang salah..
dah dah le. gik la berbahas kat malaysiakini ke, TKO ke, takpun, gik la blog sultan muzaffar…
takde pe dah nak dikupas. demokrasi sudah berjalan. memorandum pun dah diserahkan, jalan pun dah kering, pakcik makcik abang kakak adik pun dah kering. kedai pun dah buka. orang semua dah pergi kerja balik.
pergila. takde apa dah kat sini…
disebalik diskusi ini,disebalik pedih2 mata mereka yang berarak,mereka yang ‘ter’basah baju..mereka yang terpaksa menukar baju di toilet2 awam kerana baju basah,ade pihak yang tersenyum dan ketawa bila agenda mereka disokong ramai…oh yer…dan juga pihak yang memaki hamun didalam kereta kerana tidak dapat meneruskan perjalanan ke destinasi kerana kesesakan yang timbul..cukup bersih…
KElakar Kan
[...] rasanya nifty fifty aku yang ditempah daripada Beck tidak dapat diambil sebelum bergerak ke Kuantan akibat kerja opis yang sungguh extreme banyaknya. [...]
dulukan,masa aku kecik2 aku bangga jadi orang melayu sampai aku buat karangan dan sedikit kajian~ betapa globalnya itoo melayu~
MELAYU PERKASA
Melayu sememangnya sudah terkenal sebagai sebuah bangsa perkasa yang tak mudah mengaku kalah. Bermula sejarah Melaka lagi, Melaka yang didiami oleh orang Melayu merupakan sebuah empayar yang besar lagi kuat sehingga terkenal sampai ke Tanah Jawa, Palembang, Tanah Besar China malah juga di Tanah Eropah. Melaka yang merupakan tanah tumpah darah pahlawan berlima Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi sememangnya terkenal dengan kekuatan tenteranya dalam menumpaskan lawan seperti lanun selain mempunyai pemimpin yang berkaliber seperti Tun Perak dan Sultan yang bijaksana seperti Sultan Alauddin.
Namun, lama kelamaan, Melayu semakin goyah kerana terlalu selesa dengan apa yang ada dan tidak mahu mempelajari sesuatu yang baru seperti yang dikatakan oleh Munshi Abdullah. Oleh itu, Melaka jatuh ke tangan penjajah seperti Belanda, Portugis dan British. Pada masa itu, Melayu mula kelihatan goyang dan goyah. Bahasa Melayu yang terkenal dan menjadi bahasa basahan para pelayar dan pengembara kian hilang. Ini kerana hukum dan undang-undang bahasa Melayu mula dicampur-adukkan oleh orang barat yang dating ke Melaka untuk belajar bahasa Melayu tetapi tidak tamat pembelajarannya selain tidak mendapat pengajaran yang betul.
Pada masa itu, Munshi Abdullah adalah antara guru bahasa yang terkenal dalam kalangan orang-orang British yang datang ke Melaka dan Singapura.Beliau banyak membantu orang-orang British untuk membuat kamus Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris. Beliau jugalah yang membantu Tuan Raffles untuk membawa karya-karya dan pusaka-pusaka Melayu ke Eropah tetapi malangnya, kapal yang membawa hasil karya itu terbakar dan tenggelam.
Dalam Perang Dunia Kedua pula Melayu mula melatah dan masih keliru mana satu kaca atau permata. Jepun dilihat sebagai saluran untuk membebaskan mereka daripada cengkaman British kerana terpengaruh dengan slogan “ asia untuk asia “ yang digunakan oleh Jepun. Tambahan pula, pengaruh Kesatuan Melayu Muda yang menyokong Jepun. Pada masa itu, dapat dilihat bangsa Melayu berpecah kepada 2 kelompok iatu satu kelompok menyokong British dan yang lain menyokong Jepun.
Melihat kekejaman Jepun yang hanya mananam tebu dibibir, Melayu mula membuka mata, dan menyokong British untuk mempertahankan tanah air. Ramailah anak-anak muda yang menyertai tentera British. Antaranya ialah Leftenan Adnan, Leftenan Abas, Sarjan Hassan dan ramai lagi perajurit-perajurit Negara.
Selepas Jepun menyerah kalah selepas pengeboman Nagasaki dan Hiroshima oleh Amerika pada 15 Ogos 1945, British mula berhasrat menubuhkan Malayan Union, tetapi penubuhan itu dibantah oleh orang-orang Melayu yang melihat penubuhan itu tidak dilihat sebagai keadilan kepada bangsa Melayu. Orang Melayu dapat dilihat pada masa itu bekerjasama dan bersatu suara menentang British. Orang-orang Melayu membantah dengan membawa sepanduk keluar rumah dan juga melalui akhbar-akhbar seperti, Majlis di Kuala Lumpur, Warta Negara di Pulau Pinang, dan Utusan Melayu di Singapura.
Kemudian, muncullah Umno rentetan daripada konflik yang menimpa Tanah Melayu. Seterusnya, Umno mula menjalankan kerjasama dengan parti bukan Melayu seperti MIC dan MCA bagi menubuhkan Parti Perikatan. Selepas itu, bangsa Melayu semakin gagah dan ghairah untuk mendapatkan kemerdekaan selain sokongan daripada bangsa lain yang turut memberi sokongan. Rundingan kemerdekaan bermula dengan penghantaran memorandum oleh Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin Perikatan menghantar memorandum kepada Pejabat Tanah Jajahan British. Pada 1 Januari 1956, rombongan kemerdekaan bertolak ke London setelah mengumpul dana hasil daripada pajak gadai emas semua penduduk Tanah Melayu pada masa itu.
Kerjasama dan permuafakatan orang-orang Melayu sememangnya teguh dan kuat pada masa itu. Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan pada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Lalu, tepat pukul 12 tengah malam, bergemalah laungan Merdeka oleh penduduk Tanah Melayu yang sudah lama dicengkam penjajahan. Pada masa itu, satu kepuasan dirasai oleh seluruh penduduk Tanah Melayu yang bertuah mendapat kemerdekaan tanpa perlu menumpahkan darah lagi.
Tahun ini, genap 50 tahun Negara kita mencapai kemerdekaan. Setelah Perdana Menteri bertukar ganti, bermula dari Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Muhammad dan sekarang Dato’ Seri Abdullah. Banyak sudah pembaharuan yang dikecapi oleh Negara kita tidak kira dalam apa juga bidang baik pembangunan, pertanian, ekonomi, teknologi dan banyak lagi. Malaysia juga telah banyak mencipta nama hasil daripada kegagahan dan perkasanya rakyatnya terutama orang Melayu yang telah memahatkan nama Malaysia di mata dunia dengan menawan Gunung Everest, mengelilingi dunia secara solo, merentasi kutub utara dan selatan, menyeberangi Selat Inggeris dan banyak lagi.
Hari ini, kita sebagai orang Melayu khususnya, patut berbangga dengan apa yang dikecapi. Tidak pernah kita merempat di Negara sendiri apatah lagi dilupai kerana Melayu adalah penduduk sebenar tanah pertiwi ini. Tokoh-tokoh bertukar ganti dan yang lama akan berganti dengan yang baru. Maka, pelapis-pelapis Negara perlulah memperkasakan diri mereka dengan keluar dari zon selesa dengan membuka lembaran baru untuk mencipta nama di persada dunia seperti anak muda dari UiTM iaitu Muqarabin yang berbasikal mengelilingi dunia dan dua orang lagi pemuda UMNO yang bakal berenang melalui Selat Melaka.
Para pemuda Melayu juga perlu terus cemerlang dalam apa juga aspek terutama pelajaran seperti Nor Amelina yang mendapat 17 A dalam Spm. Dan perlu juga aktif dalam kokurikulum seperti Nicol Ann David yang sudah mendapat gelaran pemain squash no.1 dunia bagi kategori wanita dalam umur sekitar 20-an. Semoga para remaja Melayu dapat menjadikan nama-nama mereka ini sebagai idola masing-masing untuk keluar dari lingkaran masalah akhlak dan displin seperti dadah, rempit dan sebagainya. Jadilah sebuah bangsa yang perkasa di mata dunia.
p/s : amacam? hambik ler,,ceramah nih~
karangan ko takde penutup. patut ko fail BM.
Bodos punya Malayu! Soli la wa cakap Malayu surupa Bodos! Tapi memang Malayu Bodos!
[...] Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER…?Anda Bosan Di Hujung Minggu..?Tahniah Rakyat Malaysia!!!Fhotografi: Siapa peduli…?Angkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya…Selamat Datang Ke [...]
banyak2kan membaca buku teman ku sekalian…………..
fahami maksud, prinsip, asl usul demokrasi yang sebenar
baru cakap ttng demokrasi….
maka,
analisis kan lah….