tahniah kepada diri sendiri. rumah dimasuki pencuri buat kali kedua dalam tahun ini sahaja. tahniah pada diri sendiri…

kali pertama berlaku ketika bulan februari lepas, aku hanya kehilangan tabung syiling ku yang aku anggarkan sudah ada kira kira rm100++ kerana hanya kumpul duit 50 sen, dan 20 sen. tapi kali ini pencuri itu lebih mengganas walaupun keselamatan rumah telah diperketatkan.

pencuri itu mengopak pagar besi rumah, mengopak pintu kayu depan, mengopak pintu dua bilik di bawah, dan mengopak pintu bilik aku di atas. housemate kehilangan handphone spare dan wang. aku pula kehilangan kamera, jam tangan, dan handfree set nokia…

demmit. camera tu. nyawa aku tu!!!

nampaknya aku akan kurang mengepost gambar selepas ini…

ironik tak sebab aku baru je dua hari lepas beli FLICKR PRO
dan skrg, kamera ku pulak hilang!
hidup ini sungguh penuh dengan kejutan…

esok saja…

Popularity: 3% [?]