dah seminggu dah masuk tahun baru. aku seraya malas nak update. malas sangat. there’s nothing to say or to tell. ada gak terbaca blog blog kawan pasal azam. ada yang nak jadik famous, ada yang nak kahwin, ada yang nak belajar, ada la cita cita dan azam diaorang utnuk tahun ni. dan banyak juga yang nak settlekan azam azam tahun-tahun lepas yang belum tertunai. hurm. moga success la semuanya. amin…

aku? azam aku? tak pernah ada azam kot. keinginan tu ada la. macam mana nak ada azam, bagi seoarang manusia yang tak pernah punya cita cita pun. kenapa takde cita cita? cuba kita jadi aku sebentar di waktu muda, di mana bila bercita cita mahu jadi angkasawan, arkitek, dan pelukis, 6 cikgu kata boleh berjaya cita-cita aku tu, tapi sorang cikgu ckp takleh. kenapa? dia cakap terlalu tinggi. sejak ari tu, aku tak pernah ada cita cita. sbb aku percaya, memang terlalu tinggi. kalau orang tanya pun, nak kerja apa, aku nak kerja yang dibayar gaji. itu sahaja. nampak tak kejatuhan institusi pendidikan kita kat sini. bila mentaliti dilatih secara tersirat untuk hanya mengejar apa yang perlu untuk terus hidup. hurm… wallahhualam…

jadi bila orang tanya, apa azam aku? aku jawab, aku tiada azam. kalau ada pun, keinginan. salah satu daripadanya, adalah keinginan untuk tidak tinggal solat. dan maybe buat duit. and maybe rasa penting pada sekelompok masyarakat, kalau tak sedunia pun. itu saja…

cukup? esok saja…

Popularity: 3% [?]