Tangan Kecil Dengan Cinta Infiniti…

Nikon D80 1/50sec f1.8 50mm ISO400
Diedit dengan Adobe Lightroom & Photoshop
Aku terjumpa fhoto ini dalam external harddisc ketika mengumpulkan fhoto-fhoto untuk dipost kepada printer. Mungkin aku terlepas pandang kerana aku tidak pernah mengedt fhoto ini dan memaparkannya di Flickr atau Facebook. Fhoto ini diambil pada Februari 12, 2010. Lebih kurang 9-10 hari lepas Adrian Affendy dilahirkan.
Adrian membersar cepat sungguh. Rata-rata yang bertemu Adrian tidak percaya yang dia bayi lebih 4 bulan sahaja. Memang Adrian sedikit panjang/tinggi. Baju-bajunya pun sudah pakai yang 12-18 bulan. Dia dah mula makan cereal dan biskut lembut. Tidur pun dah mula lama-lama. Pacifier pun dah jarang digunakan. Asyik mamah tangan dan jari jari sendiri.
Ketika ini, dia sedang tidur di atas tilam kami. Tidur mengiring dengan bantal peluk. Tidak nyenyak dia di dalam buaian.
Anak lelaki busuk Abah membesar dengan cepat…
Esok saja…
Popularity: 8% [?]

Comments(0)





