buhsan, buhsan. aku ulas la sikit pasal Myteam vs Malaysia ahad lepas…
MYTEAM, apa tu? team samseng ke? gang HUNGHING ke? kena sikit, dah cekup leher baju orang. kampung betul, tak pro. patut takleh jadik professional player. samseng. dah la orang kasik treatment first class sbb korang bawah menantu PAKLAH, gik manchester la, apa la. seriously, deserve ke kalau perangai korang camtu. tak semua la. ada certain yang aku tgk, boleh diterap, macam budak firdaus yg main wing kiri tu. bagus dowh. tapi dah la masuk second half, tak habis lagi dah semput, dah cekak pinggang gasping for air. susah o bila nak naik balik stamina punya level… lambat…
anyway, tahniah skaud bawah 20 Malaysia, memang nampak pro, under situation yang stress pun. boleh kata sikit je penyokong team ni, yang lain semua myteam nye peminat. pelikkan. aku kesian dari dulu pada team Malaysia. tetiap kali main dengan team orang, walau kat tempat sendiri, stadium sendiri, penyokong team pelawat lagik ramai. contoh, main dengan Brazil, penyokong Brazil gak ramai. main ngan Man Utd, penyokong Man Utd gak yang ramai. anak tiri betul skaud Malaysia. no wonder selalu kalah, takde sokongan moral.
seriously, kenapa orang kita tak sokong team national sendiri? memang la ada sesekali skuad kita ni jatuhkan harapan kita. tapi korang ada pikir pressure bila sarung jersi negara? aku ada kawan main national, korang tak tahu apa dia rasa bila baca artikel paper, dengar org kutuk dia kat kedai kopi depan depan dia plak tu, dia cakap buat dia rasa macam tak guna la main sungguh sungguh. orang kita sendiri kutuk skuad kebangsaan kita. pelik kan? seriously, kalau dah benci, takt situ sudah le. tak payah la terbawak bawak, next tournament, kita sokong lagi. Perancis 4 tahun lepas tak lepas peringkat kumpulan pun Piala Dunia, lagi besar tournament dia. tapi penyokong dan rakyat dah boleh lupa dan terus bagi sokongan. yang kita ni, tournament kelas 3 bintang je, so? kasik la sokongan, biar maju balik bolasepak malaysia…
kita patut malu la dengan apa yang terjadi malam perlawanan Myteam vs Malaysia tu, aksi budak budak perangai kampung. bila sorang dah mula main macam tu, surely akan naikkan amarah orang lain. dan kita boleh tgk la, berapa ramai pemain malaysia kena usung kluar, injured. tak kira la bawah 20 atau tidak. tak ke rosak harapan kita yang dah hantar skuad ni untuk tournament besar seminggu dua lagi? memang bebudak bawah 20 ni pelapis skuad kebangsaan, and prestasi diaorang lebih baik dari skuad kebangsaan itu sendiri. dan aku rasa, pendedahan ke pertandingan besar pada diaorang ni, adalah bagus. kasik mature.
aku pelik, malam tu, bebudak malaysia ni main rilek je walau under pressure dan di boo oleh “rakyat malaysia” sendiri. apsal korang benci sangat? haih. tapi aku puji la bebudak ni, handle diri diaorang amat baik. walaupun di cekup leher baju, takde sapa pun retaliate balik macam pemain myteam. yang aku pelik, bila dah main 10 lawan 10, kenapa myteam defend gak. sepatutnya game dah balance balik, atack la, ini tidak, main clear bola je, macam budak sekolah je main. satu lagi, tak salah aku, last 20 minit, team malaysia main ngan 9 orang, sebab injuries, dan takleh tukar pemain dah sebab dah sampai limit. giler. masuk budak firdaus myteam tu, baru la nampak attack balik. budak azmi tu pun bagus juga, cuma temper tu kena jaga la sikit.
overall, tahniah 2-1 kepada Malaysia. first goal Malaysia amat cantik, melepasi jangkaun gol keaper myteam yang suka cakap besar tu. dan second goal plak,, menampakkan keeper myteam yang suka berlagak tu, nampak mcm orang bodoh… myteam, aku tak tahu le nak cakap apa. cuma gol nasib je. nak cross termasuk gol…
huhu~
jack sparrow menang bet malam tu. sebab tu aku rasa dia gik enjoy dengan duit tu kot…
esok saja…
Popularity: 3% [?]
6 Maklumbalas
beck
May 30th, 2006 | 5:50 am
1siul, byk typo error…
afzan06
May 31st, 2006 | 8:54 am
2jgn judges myteam mcm tu..diorg amatur je…first time main stadium crowded mcm tu..think positif bro kalau ko ditempat diorg…masalah team m’sia ni adalah kapla2 besar xmau tukar2…bagi la belia remaja mcm kita ni bagi nafas baru….betul tak?
beck
May 31st, 2006 | 9:08 am
3ko ckp kepala besar takmo tukar? mlm tu kan bawah 20. seriusly diaorang main lebih bagus bila yg senior 3 ekor tu kluar. lagik kemas diaorang main.
aku tak benci la myteam ni. tapi org ckp, mcm kejutan budaya la. tup tup, train 3 bulan dari mana liga entah, main crowd 40,000. gile. sure kejutan. sebab diaorang rasa mlm tu yg crowd behind diaorang la yg tunjuk ek dan samseng tu.
seriously la, bila myteam kena tackle sikit pun (adat main bola) shebby dah ngamuk kat sidelines marah caca i4th official. time team malaysia nye player guling guling kena usung kuar tu. ada pikir? diaorang tu nak prepare diri gik tournament, dah ada 3-4 orang tunggak utama injured. so how? professional ke main bola jadik samseng… aku pun org kampung, tapi aku malu la buat perangai kampung satu malaysia tgk, kalau main kat estate, kat kg kg, kat sekolah, gaduh gaduh ni aku tak heran la. tapi national stage, amat lah memalukan…
pengadil malam tu memang tak dapat kawal la. kalau aku rasa letak FIFA nye pengadil, meaning international nye sorang, aku rasa game dah stop awal lagik sebab tak cukup org. serius shit… dua dua team dah takleh main dah…
aku takla benci sgt myteam, tapi ntah la. tapi ada orang boleh ckp myteam tu susah. dan team malaysia ni macam dimanja dah lama dah.
korang ada pikir team malaysia ni di pilih daripada apa? sekolah, daerah, negeri, baru satu bawah national. itu pun start dgn bwh 12, bwh 14(nike cup), bwh 18, bwh 20, then baru national. byk peringkat tu.
week in week out main bola. pressure sbb kalau kena cantas, diaorang tak tahu nak buat apa. sbb professional. bola aje yang diorang tahu.
seriously aku rasa budak budak myteam tak tahu meaning tu. yg tahu hanya glamour and fame. ko boleh tgk sendiri first half baper org yg main bolot, ball hugger, taknak pass bola kat org, dah kena kepung baru nak tolak kat member. kalau boleh nak gelecek sampai kluar stadium. semua cari nama sendiri. budak arun yg score goal tu pun nak cari nama. itupun nasib la, cross dia masuk. 3 budak myteam tunggu kat dlm penalti box. apsal tak cross? kenapa angkat masuk terus? nasib? dan aku tak rasa dia layak menang man of the match sebab goal tu. serius. ada lagi budak budak myteam yg layak atas aspek lain. arun tu main tak cukup 60minit pun… serius shit…
so pikir la. kenapa mahu simpati pada myteam. patut simpati pada team malaysia. diaorang pertaruh maruah diaorang, and they showed yg diaorang boleh main under pressure. myteam kalah org puji, kalau malaysia kalah ari tu? pikir la…
kita nak martabatkan bola sepak kebangsaan, bukan bola sepak realiti tv. mcm soccastar ASTRO dulu, mana pergi budak budak tu semua. yg menang tu skrg buat apa kat FULHAM? main dgn budak budak bwh 18? main ngan budak budak akademi? apa citer dia?
seriuosly, realiti tv tak dpt selamatkan bolasepak negara. balik kepada akar umbi. itu sahaja jawapannya…
afzan06
June 1st, 2006 | 7:01 am
4maksud aku kapla besar tu FAM punya org2 atasan la…
Anonymous
June 1st, 2006 | 7:47 pm
5kalau bolasepak negara di bawah takluk kuasa raja2 siapa bole tegur? tukar semua pihak atasan FAM baru bole tengok bola malaysia macam zaman dulu. myteam atau team malaysia, dua2 rakyat sendiri. fikirkan.
-shebby singh
beck
June 2nd, 2006 | 12:51 am
6tak betul ke aku cakap balik kepada akar umbi? roots. yes. pihak atasan juga. FAM adalah badan itu sendiri, tapi aku rasa org org yg mengepalai badan tu harus pikir.
aku taknak nampak durhaka atau apa, tapi seriously, ini freedom of speech aku. tahu ke org org yg mengepalai FAM tu main bola? paling dekat pun aku tgk diaorang main bola, adalah pukul bola dengan kayu sambil naik kuda. itu je. kenapa org org yg pernah main bola tak pegang jawatan besar besar dalam FAM. pelik kan?
tgk mcm pele, michel platini, franz backenbaur, sapa lagi? semua pegang jawatan besar besar, paling besar menteri sukan. gile kan? kita?
lagi satu, aku nampak kita dah jauh kena tinggal dengan korea dan jepun. korea baru naik dalam 10tahun dunia bola sepak dia. tapi satu la yang aku sedar ttg bolasepak jepun dan korea, sistem dia.
satu, pemakanan. diaorang ada dietician, ada physio. makanan diaorang seimbang, nutrisi. tengok badan diaorang, well build.
satu lagi kalau tengok sistem pemilihan pemain diaorang, diaorang tekankan fizikal itu sendiri. macam CD (central defender) dia, semua tinggi dan agile. senang la nak kekakang bola cross dan mark striker. mcm malaysia, cuba ko tgk dia punya back four, ada dua dari empat org tu amatlah rendah. jangan la cakap plak ROBERTO CARLOS. roberto carlos tu dikenali sebab attacking prowness dia. bukan defending quality dia. faham? defender ni, termasuk la goalkeeper sekali. kena cari yang tinggi dan agile. jangan la cari yang rendah, tak kira la kalau dia lompat boleh berdiri atas palang gol sekalipun. bila rendah, banyak kekurangannya. penalti kick, sure saving zon dia kecik. so make sure, setiap player yang main di setiap posisi itu, fizikalnya sesuai.
macam striker la. ada ke kasik indra putra yang malas lari tu. hadoi. dia tu patut letak jadik DM je, sebab passing dia bagus, and dia bukak mata and cari ruang. takleh le letak striker. sebab dia takde skill jadi striker. takde sapa lagi masih dapat ganti AZMAN ADNAN sebagai striker ulung malaysia. sebab dia laju, agile, attacking prowness dia ada, hidup dua dua belah kaki, ability to baca attacking moves, semua ada. mokhtar dahari aku tak dpt ulas, sebab aku tak pernah tengok dia main.
seriously. player yang dipilih, perlulah sesuai bukan saja pada skills, tapi fizikalnya. apa yg shebby singh buat malam tu dengan myteam juga bagus. letak budak tinggi jadik CB/CB. tapi, shebby tak terap satu je, sifat sportmanships. itu je lack dalam match bola malam tu…
erm.. amacam… ada lagi?
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya? Keldai yang baghal, atau kambing biri-biri arus perdana?
Lagi...
Komentor Kerap
Artikel Kegemaran
Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER...?Anda Bosan Di Hujung Minggu..?Tahniah Rakyat Malaysia!!!Fhotografi: Siapa peduli...?Angkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya...Selamat Datang Ke WWW.FENDYZAIDAN.COMKamu Tidak Se"HOT" Itu...Puasa: Sebuah Kenangan Lampau...Aku Mahukan Maklumat...Jangan Peduli: Entri Sumpahan...Jilat! Jilat! Jilat!Membaranya Kejahatan...Persetankan: T-Shirt!!!Buang Tabiat : Siri 2Halal, Tidak dan Was-Was...Aku Benci MohdIsmail.Net...Vigilante Masa Depan...Sharifah Amani, Bahasa Melayu Dan Mencemar Budaya...KLian: Manusia Untuk Dibenci...Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Affendy Zaidan...
Pengunjung
Huha!
Free shoutbox @ ShoutMix
Affiliasi
beckzaidan @ [mail]
Dilindungi oleh
Creative Commons Attribution 2.5 License
2001-2008.
Hakcipta Terpelihara.
Statistik
Artikel Terkini
Komen Terkini
Pautan Pantas
Menggunakan enjin WordPress - BloggingPro thema oleh Design Disease.
Manusia Prahistorik Digital… Hakcipta Terpelihara 2007. CSS asal diedit/rip oleh BaliOmega dan Beckzaidan.