dari kuala lumpur, bertolak pukul 11mlm dari pudu, sampai di jeti mersing pukul 5 pagi, belum subuh pun. sepatutnya singgah di rumah kawan dhilla di mersing, tapi dhilla cakap dia nak lepak dulu sebab awal sangat dan segan bertandang ke rumah orang pagi pagi buta tu. so, aku jadik guardian dia jap, sebab dia tidur on one of those kerusi plastik panjang there at the jetty. kesian dia, nampak cam letih. dah lama dia tak travel by bus. sejuk plak tu. ada la mat saleh sedozen kat jetty tu, doing the same tidor position. haha… :p
kami bertolak dari jetti mersing, pukul 1030pagi, ke kampung genting di tioman. menginap di Sun Beach Resort. tempat nye cantik, tidak macam Berjaya. belum disentuh, masih kampung lagi. nyaman kat sini, pantai pun cantik.
pihak resort tak rancang apa apa aktiviti petang itu, just aktiviti bebas. so aku, dhilla, ain dan suaminya aziz bergerak ah tengok tengok pantai. dhilla cakap nak mandi. aku cakap tak nak, nak tengok sahaja (kat sini korang perlu tahu aku phobia dengan open water). tapi aku sentuh juga la air, bersih air dia, jernih. tapi macam biasa la, masin amat. dhilla looks like she’s havong a great time.
then, sebelum makan malam siap(disediakan oleh resort), aku dan dhilla berjalan di persisir pantai, duduk di atas batu batu, menunggu sunset. tapi matahari tak berapa nampak, kurang jelas, akibat kabus. tapi masih lagi nyaman. pertama kali dalam waktu yang lama aku tengok muak dhilla releks, tidak tension dan kalut macam selalu kami bersama.
oh ya, elektrik tidak ada satu pulau pada malam itu. gelap gelita. takde cahaya langsung. aku teman dhilla sekejap di luar, sebelum tunggu elektrik ada balik, lepas ada balik, dalam setengah jam pulak, takde pulak. last last, decide, tidur je, dalam gelap. nyamuk banyak gila. aku hilang 4 pain darah malam tu. ngahaha…
untuk gambar lain, sila click sini
esok saja…
Popularity: 2% [?]
1 Maklumbalas
alongariff
September 6th, 2006 | 5:44 am
1syoknyeh kamu cuti-cutian~
jeles plaks.
tapi x jeles part hilang darah 4 pain tuh..hihihi~
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda