Update: Kehidupan!!!

Ini adalah ringkasan update kehidupan aku dan mereka-mereka yang berkait rapat dengan diriku.
Cik Fiza telah menyambut konvokesyennya dua minggu lepas. Tahniah!!! Oh ya, aku mengalahkan Cik Fiza dalam Battle Pool sambil voice chat gelak terguling-guling.
Persetankan.com punya t-shirt mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dalam 5 hari, satu design sudah habis ditempah. Dalam waktu terdekat, mungkin akan mengeluarkan design yang lain. Dan mungkin akan dijadikan satu cara untuk generate income kepada Persetankan di masa hadapan dengan label tersebut, menggunakan Persetankan.com sebagai platform.
Chot dah ada kamera baru. Sampaikan khabar dan tahniah padanya, dan nantikan gambar gambar kandid gadis gadis yang tidak tahu gelagat mereka dirakam. (Tapi aku lebih suka Chot punya landscape/scenery shot, serius Chot).
Rumpun 2007 telah pun berjaya dijalankan. MohdIsmail menghadapi kesukaran untuk ke sana, tetapi berkat kesabaran, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Kedatangan pun nampak hebat. Fasha Sanda pun khabarnya datang. Aku tidak dapat hadir kerana terperuk di ofis.
Kerja makin banyak. Memandangkan 8,9, dan 10 September, pasukan kajian aku akan adakan seminar, jadi aku semakin sibuk menjelang hari hari tersebut. hari ahad dan di opis menunjukkan aku sibuk sangat. Walhal aku nak kena aircond sahaja.
Kak Lin cakap dia taknak datang berkunjung ke blog aku sebab aku menulis artikel yang marah marah dan agresif. Betul ke? Aku ni punya hati yang penuh hatred ke? Hitam sangat ke?
Dhilla tak sabar nak jumpa aku lagi. Dua tiga hari je lagi…
Malam Merdeka korang menuju ke mana? Aku mungkin akan pergi menyaksikan Pertandingan Bunga Api di Putrajaya pada malam itu. Giliran Pasukan Jepun malam itu yang akan berlangsung pukul 10 malam. Jumpa di sana? Mahu? Maklumat lanjut pertandingan antarabangsa ini DI SINI!!!
Esok saja…
p/s:- Baru dapat tahu satu couple yang aku sangat mahukan kekal dan bersama, akhirnya putus. Erm, rapuh sekali sebarang perhubungan ni kan? Sabar dan teguhkan diri. InsyaAllah akan datang juga hari hari ceria.
Popularity: 11% [?]

Comments(6)






jom gi shoot fireworks kat putrajaya..aku tau spot best giler hahah
Jom jom. kat mana spot ko wei, aku tgh mencari spot menarik ni.
aku datang awal 3 jam. setting kamera, tripod semua. ingatkan ok. meletup bunga api yang pertama, ku salah fokus, bateri kamera dah nak abis, salah pakai lens, salah setting shutter speed & aperture hahaha. terkial2 aku nak adjust. gambar fireworks ku ok2 saja huuu.
ahahah…aku datang 30 minit sebelum start.siap pegi makan apa semua kat cyberjaya.
ok ni places utk view terbaik (bagi aku)…dekat belakang putrajaya equestrian club dekat dengan taman seri empangan.
kat situ view amat menarik.ko bleh nampak picc,jambatan yang diorang guna utk shoot fireworks,tasik dan funfair(agak mahal jugak arr bayaran dia) dekat situ….
satu lagi tempat yang ada view menarik kat area cyberjaya kalu taknak sangkut jam kat putrajaya….area tasik bersebelahan cyber height dan sekolah seri puteri.
tapi kalu ak yang terbaik gak…pegilah picc..tapi kena bayar lah..hehehe
buat arr gathering gi sana.
ala, bebudak persetankan takleh kuar malam. mak marah. ahahahha!
ko pun apa kurangnya beck..ternyata 350D tidak mengecewakan aku!