
Ini adalah ringkasan update kehidupan aku dan mereka-mereka yang berkait rapat dengan diriku.
Cik Fiza telah menyambut konvokesyennya dua minggu lepas. Tahniah!!! Oh ya, aku mengalahkan Cik Fiza dalam Battle Pool sambil voice chat gelak terguling-guling.
Persetankan.com punya t-shirt mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dalam 5 hari, satu design sudah habis ditempah. Dalam waktu terdekat, mungkin akan mengeluarkan design yang lain. Dan mungkin akan dijadikan satu cara untuk generate income kepada Persetankan di masa hadapan dengan label tersebut, menggunakan Persetankan.com sebagai platform.
Chot dah ada kamera baru. Sampaikan khabar dan tahniah padanya, dan nantikan gambar gambar kandid gadis gadis yang tidak tahu gelagat mereka dirakam. (Tapi aku lebih suka Chot punya landscape/scenery shot, serius Chot).
Rumpun 2007 telah pun berjaya dijalankan. MohdIsmail menghadapi kesukaran untuk ke sana, tetapi berkat kesabaran, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Kedatangan pun nampak hebat. Fasha Sanda pun khabarnya datang. Aku tidak dapat hadir kerana terperuk di ofis.
Kerja makin banyak. Memandangkan 8,9, dan 10 September, pasukan kajian aku akan adakan seminar, jadi aku semakin sibuk menjelang hari hari tersebut. hari ahad dan di opis menunjukkan aku sibuk sangat. Walhal aku nak kena aircond sahaja.
Kak Lin cakap dia taknak datang berkunjung ke blog aku sebab aku menulis artikel yang marah marah dan agresif. Betul ke? Aku ni punya hati yang penuh hatred ke? Hitam sangat ke?
Dhilla tak sabar nak jumpa aku lagi. Dua tiga hari je lagi…
Malam Merdeka korang menuju ke mana? Aku mungkin akan pergi menyaksikan Pertandingan Bunga Api di Putrajaya pada malam itu. Giliran Pasukan Jepun malam itu yang akan berlangsung pukul 10 malam. Jumpa di sana? Mahu? Maklumat lanjut pertandingan antarabangsa ini DI SINI!!!
Esok saja…
p/s:- Baru dapat tahu satu couple yang aku sangat mahukan kekal dan bersama, akhirnya putus. Erm, rapuh sekali sebarang perhubungan ni kan? Sabar dan teguhkan diri. InsyaAllah akan datang juga hari hari ceria.
Popularity: 12% [?]
6 Maklumbalas
hellmy
August 26th, 2007 | 7:31 pm
1jom gi shoot fireworks kat putrajaya..aku tau spot best giler hahah
beckzaidan
August 27th, 2007 | 8:23 am
2Jom jom. kat mana spot ko wei, aku tgh mencari spot menarik ni.
bali
August 27th, 2007 | 12:19 pm
3aku datang awal 3 jam. setting kamera, tripod semua. ingatkan ok. meletup bunga api yang pertama, ku salah fokus, bateri kamera dah nak abis, salah pakai lens, salah setting shutter speed & aperture hahaha. terkial2 aku nak adjust. gambar fireworks ku ok2 saja huuu.
hellmy
August 27th, 2007 | 12:42 pm
4ahahah…aku datang 30 minit sebelum start.siap pegi makan apa semua kat cyberjaya.
ok ni places utk view terbaik (bagi aku)…dekat belakang putrajaya equestrian club dekat dengan taman seri empangan.
kat situ view amat menarik.ko bleh nampak picc,jambatan yang diorang guna utk shoot fireworks,tasik dan funfair(agak mahal jugak arr bayaran dia) dekat situ….
satu lagi tempat yang ada view menarik kat area cyberjaya kalu taknak sangkut jam kat putrajaya….area tasik bersebelahan cyber height dan sekolah seri puteri.
tapi kalu ak yang terbaik gak…pegilah picc..tapi kena bayar lah..hehehe
buat arr gathering gi sana.
beckzaidan
August 27th, 2007 | 2:13 pm
5ala, bebudak persetankan takleh kuar malam. mak marah. ahahahha!
chot
August 27th, 2007 | 3:26 pm
6ko pun apa kurangnya beck..ternyata 350D tidak mengecewakan aku!
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya? Keldai yang baghal, atau kambing biri-biri arus perdana?
Lagi...
Komentor Kerap
Artikel Kegemaran
Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER...?Anda Bosan Di Hujung Minggu..?Tahniah Rakyat Malaysia!!!Fhotografi: Siapa peduli...?Angkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya...Selamat Datang Ke WWW.FENDYZAIDAN.COMKamu Tidak Se"HOT" Itu...Puasa: Sebuah Kenangan Lampau...Aku Mahukan Maklumat...Jangan Peduli: Entri Sumpahan...Jilat! Jilat! Jilat!Membaranya Kejahatan...Persetankan: T-Shirt!!!Buang Tabiat : Siri 2Halal, Tidak dan Was-Was...Aku Benci MohdIsmail.Net...Vigilante Masa Depan...Sharifah Amani, Bahasa Melayu Dan Mencemar Budaya...KLian: Manusia Untuk Dibenci...Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Affendy Zaidan...
Pengunjung
Huha!
Free shoutbox @ ShoutMix
Affiliasi
beckzaidan @ [mail]
Dilindungi oleh
Creative Commons Attribution 2.5 License
2001-2008.
Hakcipta Terpelihara.
Statistik
Artikel Terkini
Komen Terkini
Pautan Pantas
Menggunakan enjin WordPress - BloggingPro thema oleh Design Disease.
Manusia Prahistorik Digital… Hakcipta Terpelihara 2007. CSS asal diedit/rip oleh BaliOmega dan Beckzaidan.