Update: Ringkasan Hidup…
Lambakan dalam satu entri.
Under the weather. Bermain hujan untuk 3-4 hari minggu lepas. Ye, Penang hujan, tak berhenti.
Sabtu lepas, aku mengikuti program Cabaran Pegawai Muda kerajaan negeri, berlatih untuk jungle trekking Bukit Bendera 17hb Disember ini. Hari Sabtu tersebut, hanya untuk melihat sejauh mana tahap kecergasan peserta dan kemampuan masing masing. Berjalan hampir 10km lebih hari tersebut. Aku tidak punya apa apa masalah penat atau semput, atau kurang stamina, tapi kaki kanan aku sakit balik (kecederaan lama yang tidak pernah sembuh sepenuhnya). Harap dapat sembuh sebelum acara yang betul bulan depan.
Makcik aku bersalin, tetapi terpaksa dihospitalkan. Kata emak aku, kandungannya tidak cukup bulan, dan makcik ku juga ditahan kerana paras darah yang tinggi dan dalam keadaan bahaya. Moga tiada apa apa yang teruk berlaku kepada makcik ku dan juga anak baru lahirnya. InsyaAllah…
Tahniah kepada MohdIsmail kerana telah berjaya memiliki sebuah DSLR. Canon EOS 350D kalau tak salah aku. Nampaknya sekarang, semau orang sudah terkena gigitan cinta DSLR. Engkau kena ajar aku generate income bebanyak guna blog wei. Aku memerlukan duit… Ahahha…
Oh, aku juga telah menonton 30 Days Of Nights. Aku sedikit fetish cerita tentang pontianak/vampire. Tetapi filem ini sedikit membuatkan aku kehilangan kerana aku masih kurang pasti kenapa kumpulan pontianak itu berhijrah ke kawasan berpopulasi rendah. AKu tahu, tempat itu mengalami hari hari tanpa matahari selama sebulan, tetapi, kehidupan di kota besar lagi menarik bukan? Supply makanan yang banyak, hidup dalam kegelapan di waktu malam yang penuh cahaya lampu metropolitan, bersembunyi disebalik dunia penuh dosa, bukan? Kenapa perlu berhijrah ke pekan mati? Yang sejuk, dan ribut salji? Pelik. Tak nampak motifnya. Dan membunuh secara massacre tanpa memikirkan perlu menyimpan bekalan makanan di situ. Dalam satu malam, mereka membunuh keseluruhan penduduk pekan mati itu.
Oh ya, Eben, si hero (Josh Hartnett), mati di akhir filem, mengorbankan dirinya dengan menyuntik darah pontianak dalam diri sendiri untuk bertukar menjadi pontianak dan bertarung dengan ketua pontianak jahat. Eben mati di dakapan bekas isteri tercinta dengan melihat matahari terbit. Yeah!!! Spoiler tanpa alert!!!
Power supply PC di rumah ku rosak akibat power surge oleh kilat yang sabung menyabung Jumaat lepas. AKu tidak bercadang untuk membaiki atau menukar power supply tersebut. Jadi selepas ini, aktiviti komputer akan dijalankan di pejabat selagi ada. Aku sedang dalam perkiraan untuk menambah gadget baru dalam senarai gadget ku. Masih dalam perkiraan dan pertimbangan. Harap-harap dapat buat keputusan secepat mungkin…
Satu entri tanpa gambar, kerana hujan dan sedikit penat. Tambahan lagi, tiada PC.
Masa depan yang gelap…
Esok saja…
Popularity: 15% [?]

Comments(17)
Cis.. baru nak layan wayang citer tu pas habis final nie..
alahai~
@ Rasso >> kalau ko minat kapak kepala kawan ko, elok la tgk citer ni. Selamba je si Eben ni kapak putus kepala kawan dia. ahahhaa. seronok siut…
hehe nak tengok lagi gore, tgk la Hostel, Grindhouse, Saw
hahah grindhouse planet terror…:P …best .. baru2 ni aku tgk wrong turn 2…best gak…ala2 hill has eyes…house 2 pon best…mmg kejam2.. :))
melihat gambar pc ko kat Flickr pun, mmg patut rig ko di’tukar..semuanya ;p angkat Mac ke..Dell XPS.. portable.. boleh blog kat Starbucks, macam rockstar.. hehe..
*lama tak tengok wayang… lama dah.. aishh! bila nk abes exam ni..
@ Bali >> citer takde hero cute. ahahaa. tak best Bali…
@ Omar >> tu pun tak best…
@ MohdIsmail >> pc aku nampak je camtu, tapi dlm semua up to date wei. ahhaha. aku tak suka portable, susah nak upgrade. dan aku tidak ikut atau suka trend lepak di starbuck main WIFI free. aku tak boleh nak terima…
PSP mungkin…
lepak di rumah saja pakai wireless modem takpun curik line wireless rumah sebelah. jarri selamba buat camtu.
iskk..spoil tul lah! Hahaha..baru jek cadang2 nak tengok 30 Days tu..ceshh! :P
haha ko menyelamatkan aku dari membeli dvd pirate 30 days tu, ingat pasni nak sambar Saw 4, kalau nak tengok tits beli Haloween (2007), uncensored siot
Gile pervert statement ko tu Rjuna…haih, haih, haih…
Hahaha simpan bekalan makanan. Buat stok ye bang. Wakaka.
baik ko layan citer muay thai chaiya, penuh aksi yang mendebarkan dan membuat kelenjar adreanalin ko tersentap. haha
@ Raziff >> cter hindustan ke tu… ahaha, saje je lawak. sure citer pasal tomoi…
disebabkan ko rase tertekan sebab aku amek banner happypeoplemedia, maka aku pun dengan agak malu-malu daun semalu, mintak izin nak jadik penyokong tegar hapypeoplemedia, demi menunjukkan rase ketegaran aku tu, aku pun taruk la link banner ke laman web rasmi happypeoplemedia. Dan tidak semena-mena aku promote link tu, amacam? bukan aku nak mencuri harta intelek ko kerana aku merupakan seorang yang intelek jugak kadang-kadang
ahaha, aku bukan org happypeoplemedia. ahahaha… aku disponsor oleh org happypeoplemedia, kira mcm anak ikan la aku ni, dibela… ahahhaa…
tak kisah la dude… wa takde hal…
weekkk citer horror memualkan weekkk…!!
heh…mane ade mual…aku suke tengok darah…hahaha!!!