Kenapa update separa gay? Kerana aku malas.
5 Sebab Kenapa Orang Tidak Baca Manusia Prahistorik Digital
[Curi dari MohdIsmail.Net]
1. BLOG INI BUKAN BLOG ILMU/INFORMASI. Penulis tidak copy & paste content dari situs lain ke blog ini. Ya, terimalah hakikat kamu tidak akan menjumpai artikel informasi dari situs lain yang di copy paste ke sini. Penulis bukan penterjemah artikel juga. Apa yang ditulis adalah dari idea penulis yang digarap ketika di dalam tandas, di depan pintu pejabat, di dalam lif dan sebagainya.
2. KANDUNGAN TIGA PER EMPAT BERAT. Pembaca blog tidak suka fusion food sebegini. Mereka lebih gemar blog satu aliran yang mendatar dengan satu topik. Jika politik, politiklah sampai mati, jika Akademi Fantasia, sampai matilah Akademi Fantasia. Blog ini tidak menjanjikan keulangan topik yang diminati ramai. Penulis tidak menggalakkan repetisi kerana ianya membohsankan. Kebanyakan entri juga berkisar kepada pengalaman hidup penulis. Ini amat menjengkelkan.
3. KEBANYAKAN ENTRI MENGKEJI PIHAK TERTENTU. Tetapi ianya adalah kejian yang benar. Mereka yang terasa, tentu akan retaliate, manakala yang bersetuju akan tetap bersetuju. Pembaca harus menerima kenyataan. Akan terdapat fakta-fakta yang merujuk kepada diri anda sendiri, dan terdapat juga tuduhan tepat kepada penulis sendiri. Penulis sudah biasa dengan keadaan ini.
4. PENULIS TIDAK MENULIS UNTUK RAKYAT JELATA. Jadi fahamilah, kadangkala isu yang diutarakan adalah hanya boleh difikirkan oleh bijak pandai dan dewa-dewa sahaja (sahabat-sahabat penulis). Budaya popular atau pop tidak akan diberi sekelumit ruang untuk berkembang di blog ini. Idealogi songsang dan pipih adalah pilihan penulis.
5. PERSONALITI DAN SIKAP PENULIS YANG MENJENGKELKAN. Ini satu fakta. Penulis bukan selebriti atau people pleaser. Penulis tidak peduli perasaan kamu dan kamu. Noktah.
Minta maaf pada semua. Tidak kemaskini situs sesekerap mungkin. Akibat sibuk dengan kerja, dan jatuh sakit mengejut beberapa hari lepas.
Aku rasa, mahu memanggil beberapa orang penulis jemputan untuk situs ini. Amacam?
Esok saja…
Popularity: 13% [?]
4 Maklumbalas
Mohd Ismail
June 18th, 2008 | 12:47 am
1ha ha.. ko patut jemput Nizam Nuri.. baru meriah.. =)
Mohd Ismail
June 18th, 2008 | 12:49 am
2ko ilmu banyak beb.. informasi x perlu copy & paste, pandangan peribadi juga boleh jadi informasi..
azlilgk
July 6th, 2008 | 2:30 pm
3Aku suka cara kau, macam ni baru betul, manusia ni cara pelbagai ragam sapa makan cili dia rasa pedasnya, tapi ada gak dia makan cili rasa pedas tu tapi buat tak kisah jer…akhirnya padam muka sendiri, Teruskan aku rasa banyak lagi kau boleh kupas akan erti kemanusian , moga kita kenal siapa kita, sedar akan asal usul kita agar jangan berbangga dengan apa yg ada di dunia yg sementara.
fana
July 20th, 2008 | 12:30 am
4emm..bagus gak lau jemput..bru best..lain dari yg lain..=)~
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya? Keldai yang baghal, atau kambing biri-biri arus perdana?
Lagi...
Komentor Kerap
Artikel Kegemaran
Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER...?Anda Bosan Di Hujung Minggu..?Tahniah Rakyat Malaysia!!!Fhotografi: Siapa peduli...?Selamat Datang Ke WWW.FENDYZAIDAN.COMAngkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya...Kamu Tidak Se"HOT" Itu...Puasa: Sebuah Kenangan Lampau...Jilat! Jilat! Jilat!Aku Mahukan Maklumat...Jangan Peduli: Entri Sumpahan...Membaranya Kejahatan...Persetankan: T-Shirt!!!Buang Tabiat : Siri 2Halal, Tidak dan Was-Was...Aku Benci MohdIsmail.Net...Vigilante Masa Depan...Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Affendy Zaidan...Sharifah Amani, Bahasa Melayu Dan Mencemar Budaya...KLian: Manusia Untuk Dibenci...
Pengunjung
Huha!
Free shoutbox @ ShoutMix
Affiliasi
beckzaidan @ [mail]
Dilindungi oleh
Creative Commons Attribution 2.5 License
2001-2008.
Hakcipta Terpelihara.
Statistik
Artikel Terkini
Komen Terkini
Pautan Pantas
Menggunakan enjin WordPress - BloggingPro thema oleh Design Disease.
Manusia Prahistorik Digital… Hakcipta Terpelihara 2007. CSS asal diedit/rip oleh BaliOmega dan Beckzaidan.