Kenapa update separa gay? Kerana aku malas.

5 Sebab Kenapa Orang Tidak Baca Manusia Prahistorik Digital
[Curi dari MohdIsmail.Net]

1. BLOG INI BUKAN BLOG ILMU/INFORMASI. Penulis tidak copy & paste content dari situs lain ke blog ini. Ya, terimalah hakikat kamu tidak akan menjumpai artikel informasi dari situs lain yang di copy paste ke sini. Penulis bukan penterjemah artikel juga. Apa yang ditulis adalah dari idea penulis yang digarap ketika di dalam tandas, di depan pintu pejabat, di dalam lif dan sebagainya.

2. KANDUNGAN TIGA PER EMPAT BERAT. Pembaca blog tidak suka fusion food sebegini. Mereka lebih gemar blog satu aliran yang mendatar dengan satu topik. Jika politik, politiklah sampai mati, jika Akademi Fantasia, sampai matilah Akademi Fantasia. Blog ini tidak menjanjikan keulangan topik yang diminati ramai. Penulis tidak menggalakkan repetisi kerana ianya membohsankan. Kebanyakan entri juga berkisar kepada pengalaman hidup penulis. Ini amat menjengkelkan.

3. KEBANYAKAN ENTRI MENGKEJI PIHAK TERTENTU. Tetapi ianya adalah kejian yang benar. Mereka yang terasa, tentu akan retaliate, manakala yang bersetuju akan tetap bersetuju. Pembaca harus menerima kenyataan. Akan terdapat fakta-fakta yang merujuk kepada diri anda sendiri, dan terdapat juga tuduhan tepat kepada penulis sendiri. Penulis sudah biasa dengan keadaan ini.

4. PENULIS TIDAK MENULIS UNTUK RAKYAT JELATA. Jadi fahamilah, kadangkala isu yang diutarakan adalah hanya boleh difikirkan oleh bijak pandai dan dewa-dewa sahaja (sahabat-sahabat penulis). Budaya popular atau pop tidak akan diberi sekelumit ruang untuk berkembang di blog ini. Idealogi songsang dan pipih adalah pilihan penulis.

5. PERSONALITI DAN SIKAP PENULIS YANG MENJENGKELKAN. Ini satu fakta. Penulis bukan selebriti atau people pleaser. Penulis tidak peduli perasaan kamu dan kamu. Noktah.

Minta maaf pada semua. Tidak kemaskini situs sesekerap mungkin. Akibat sibuk dengan kerja, dan jatuh sakit mengejut beberapa hari lepas.

Aku rasa, mahu memanggil beberapa orang penulis jemputan untuk situs ini. Amacam?

Esok saja…

Popularity: 13% [?]