UPGRADE..!

dunia sudah buat aku jadik bodoh…

aku sudah malas menulis sebenarnya. penyakit nizamnuri sudah melanda. aku lebih banyak menulis dikomen dan shoutbox blog lain dari menulis artikel di blog sendiri. aku rasa, penyakit UNINSPIRED aku sudah melanda. penyakit ini lebih kepada tidak terangsang dan tidak tergerak akal bila membaca artikel yang ditulis orang lain. bloggers malaysia sudah tidak bijak menyusun kata kata. tulislah suatu tentang merdeka, tentang negara pada bulan ini. tulislah tentang diri anda dan maknanya hidup anda pada hari ini. janganlah hanya menulis tentang mencari pendapatan dan keuntungan. marilah, tulis sesuatu yang boleh mengINSPIRED aku. mari. tulis dan tujukan LINK ke artikel anda pada aku. tulis lah, tulis!!!!

sahabat cakap, aku patut beli hosting, dan domain, and pindah blog ni ke system wordpress, dan tulis dengan lebih giat, supaya aku punya network pembaca, lebih besar. .com lebih berkesan dari .blogspot.com. mungkin ada betulnya. tapi…

aku tulis tidak dan bukan utk semua. aku tulis utk mereka yang mahu membaca, berkongsi minda dan idea, berkongsi pengalaman. semuanya tentang hidup dan hidup belaka. aku tidak tulis pasal hiburan mainstream atau politik. aku bukan dari blogger beracuan demikian.

acuan aku kotor sikit, kotor, pipih dan sumbing.

golongan pembaca blog blog seperti aku ni, hanyalah terdiri dari sahabat handai, rakan rakan terdekat, keluarga dan awek awek yang perlukan nasihat dalam bercinta. pasti korang tak tahu ini kan? awek aku pun tak baca blog aku. pelik?

sesiapa lagi boleh kasi sebab dan alasan kenapa aku perlu .com dan berubah ke wordpress?

esok saja…

p/s:- satu lagi post tidak bergambar. parah…

Popularity: 6% [?]

Kongsi Jika Suka:
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Digg
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • RSS

Leave a Reply