Yer. Aku di sana pada hari Sabtu. Kekurangan idea untuk membuat aktiviti apa hari tu, membawa aku ke Sentul. Tidak ada rancangan awal pun. Hanya rancangan redah yang kebetulan, ada sekali Ikmal, Min, Ikim, Wanie (yang perform), diikuti dengan Bali dan akhir sekali Mumo.

Wanie perform waktu openmic accoustic set.

It was great. But it could be better. Exhibition seni sedikit kurang. Tak seperti acara terdahulu. Sempat bertemu Muidlatif (dari DMP) yang sudah lama kenal tapi tak pernah bertegur sapa. Ramah, seperti yang ku jangkakan. Dan si Najib (ArtTech, 84 Cubes) juga, rakan rebel “anti wed photog”. Haha. juga jumpa AmrulKareem si Lidah-Lidah.

Diperkenalkan kepada bunyi The Otherside Orchestra oleh kawan-kawan.
Lama dah tak pergi gig. Rasa macam lahanat tua.

Tak berkesempatan untuk lepak lebih lama, sebab usia tua ku sudah tidak dapat bersaing dengan usia pemuda-pemudi di acara tersebut yang rata-rata muda muda remaja. Kaki pun dah mati.

Kalau perempuan hisap rokok dah jadi kebiasaan, orang Melayu/Islam langgah arak tempat terbuka pun sudah jadi kebiasaan sekarang. Tak segan tak malu tersipu sipu. MAJU!!!

Argh, tua.

Esok saja…

Aku ada beli Tshirt KLPHQ dari WRNVDSGN yang tersalah beli size L, sepatutnya pakai size M. Aku mahu jual dengan harga murah dan kos penghantaran percuma, RM30. Sapa mahu, boleh rapat rapat.

Popularity: 59% [?]