Usahawan Cerita Malang/Tragedi: Modus Operandi…
“Bang, boleh belikan saya tiket bas ke Genting? Saya nak balik, tapi tak cukup duit, kena *rompak/tipu/pau/ugut. Duit ada RM2 minta pada orang daripada pagi tadi. Tak cukup nak beli tiket bas balik ke *Genting/Cameron/Kelantan/Negeri. Kalau abang tak percaya, abang belikan terus saya tiket ke *Genting/Cameron/Kelantan/Negeri dekat kaunter. Abang bagi nombor telefon abang, lepas saya ada duit, saya top-up untuk abang sama dengan duit yang abang pinjamkan hari ni,”
* Pilih mana yang berkenaan
Pernah dengar rintihan sebegini?
Seperti mana yang korang tahu, aku ini pengembara kerap (frequent traveller) yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres berulang-alik dari Alor Setar-Penang-Kuala Lumpur setiap 2 minggu sekali sekurang-kurangnya. Kekerapan ini berjaya menemukan aku dengan gejala-gejala pelik sekitar Kuala Lumpur. Salah satu daripadanya adalah pengemis era baru, usahawan cerita malang/tragedi.
Aku diketemukan dengan beberapa siri rintihan hati sedemikian agak kerap juga. Aku tidak mahu serkap jarang katakan bahawa mereka ini penipu (con artist), tetapi kekerapan dan modus operandi yang seakan-akan sama dan berulang-ulang membuat aku semakin skeptikal. Pada awalnya, aku, sebagai manusia yang dibesarkan oleh ibubapa dengan sikap prihatin, adalah juga menghulur mana yang termampu dan ada pernah sekali menawarkan untuk membeli tiket ke destinasi pilihan tetapi ditolak. Tetapi, kekarapan bertemu dan berurusan dengan usahawan-usahawan alaf baru ini, membuatkan aku sudah kembali berhati-hati dalam membantu orang.
MODUS OPERANDI
Modus operandi mereka sangat mudah. Mereka akan bergerak dari seorang ke seorang mangsa yang sedang menunggu bas ekspres, memperdagangkan cerita mereka yang malang dan sangat-sangat tragik.
Mulanya, mereka akan mendekati mangsa dan memulakan perbualan dengan bertanyakan arah tujuan mangsa dan samada mangsa ini pelajar universiti ataupun sudah bekerja. Kemudian bermulalah operasi usahawan mereka. Ada yang kata ditipu ketua kerja mereka dan ditinggalkan di ibu kota, ada yang kata baru menjadi mangsa curi/rompak sekumpulan budak Kelantan/Indonesia, ada yang kata mereka ditipu pemandu teksi dan ada juga yang berkata mereka kehilangan beg duit dan beg barang.
Kedua, mereka akan memberitahu yang mereka tidak cukup tambang untuk pulang ke “kampung halaman”. Destinasi yang sering menjadi pilihan sebagai kampung halaman adalah Genting Highland, Cameron Highland, Negeri Sembilan dan Kelantan. Usahawan ini akan berceloteh panjang menceritakan nasib malang mereka yang terpaksa mengemis daripada pagi hari, dan akan diselitkan cerita bahawa mereka tidak sempat makan pun pada hari itu, hanya roti kering RM0.30 sen dan sebagainya. Ditambah lagi tentang duit yang ada dalam tangan mereka tidak cukup untuk membeli tiket untuk pulang. Mereka akan dengan selambanya juga menyatakan harga penuh tiket ke destinasi tersebut dengan agak tepat untuk meyakinkan mangsa.
Kemudian mereka akan meminta kita membelikan tiket kepada mereka dengan harga penuh satu tiket. Dan untuk menambahkan kepercayaan kita, mereka akan mengajak mangsa untuk bersama membeli tiket tersebut di kaunter. Tetapi, apabila mangsa bersetuju, mereka seperti akan berdolak dalik supaya duit tunai diberikan pada ketika itu juga tanpa berlengah.
SIKAP TOLERANSI DAN KEPRIHATINAN MASYARAKAT KITA
Mereka tidak kisah jika mereka peroleh RM5 pun daripada jumlah penuh harga tiket. Pendapatan mudah. Pengemis pun dapat duit dalam syiling dan berketul-ketul baru nak dapat RM2, mereka sekali saup, RM5. Bayangkan kalau 20 orang mereka dapat tipu dalam tempoh masa 12 jam? Dalam 30 hari? Aku pernah nampak lelaki-lelaki sama di Hentian Puduraya yang masih tersangkut di situ tetapi tidak dapat pulang ke kampung halaman.
Mereka-mereka ini mengambil kesempatan atas sikap toleransi dan keprihatinan masyarakat majmuk negara ini yang suka memberikan pertolongan tanpa prejudis (seperti yang berlaku di antara Malaysia-Indonesia).
Dua kejadian paling aku ingat adalah didatangi oleh seorang budak Kelantan dan kemudiannya seorang Cina dalam hari yang sama dua minggu lepas. Budak Kelantan ini menceritakan tragedi dia dirompak oleh mamat Indonesia. Sampai nak tunjukkan celah kangkangnya yang disepak oleh perompak tadi. Peliknya, dia masih boleh mengenakan spek mata hitam buat cekak di kepalanya. Bila aku cakap aku tidak ada duit, dia merayu minta tolong. Dikatanya pada aku dia hanya ada pisau lipat sebilah. Pelik bukan. Apabila aku tawar kepadanya untuk memberikan wang, tetapi dia kena berikan satu barang miliknya pada aku, dia menolak dan mula buat muka tidak senang. Aku minta untuk beli spek matanya. Tetapi ditolak. Ingat, manusia ini dalam kesusahan dan masih memerlukan spek mata hitam. Jadi aku tidak beri walau sedikit pun. Dia berlalu dengan menyumpah-nyumpah.
Yang mamat cina ini pulak menjual kisah dia ditipu ketua tempat kerjanya. Ketuanya dikatakan telah menipu dan meninggalkannya di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Dia perlu pulang ke Genting, rumah emak katanya. Peliknya, mulutnya berbau arak yang sangat kuat. Bila aku cakap aku tidak berduit, dia menyumpah cakap aku berkira walaupun RM2.
TRAGEDI TERDAHSYAT PERNAH DIDENGAR
Cerita tragedi yang paling dahsyat aku pernah dengar adalah daripada seorang yang berpangkat pakcik. Katanya dia ditipu pemandu teksi yang mengepaunya RM300 kerana penghawa dingin teksi tersebut rosak (tidak masuk akal langsung). Dia terpaksa ke Kuala Lumpur kerana anak lelakinya kemalangan. Badan anaknya terputus dua. Akan dikebumikan selepas Asar esok da diceritakan lagi beberapa perincian yang aku rasa tidak masuk akal. Pakcik ini hendak pulang ke kampungnya esok pagi, tetapi tidak punya duit langsung untuk tambang bas. Aku yang mempunyai sedikit hati yang lembut, menghulurkan sedikit wang yang ada. Aku tidak mahu kata atau buat andaian bahawa pakcik ini penipu dan sedang menipu. Tetapi wang yang aku berikan kepadanya pada malam itu, jika tipu, tidak halallah wang tersebut walau sepuluh sen pun.
Jadi berhati-hatilah.
Anda pernah mengalami situasi begini? Kongsi di sini…
Esok saja…
Popularity: 18% [?]

Comments(12)






Macam macam lah ragam orang yang buat benda bukan bukan untuk duit…haiz..sedih betul… kerja taknak…XD Nice stories…
Btw…nanged your post on innit and clicked on your ads…^^
Tak pernah terjadi pada diri sendiri
Kadang2 bila menolak utk berbuat baik, teringat la pula kata ustaz, kesempatan dtg bukan sekalu..kadang2 itulah kesempatan yg dtg utk kita buar baik..
isssh….dlm dunia skrg ni, berprasangka buruk mmg tak boleh dielakkan..sbb ramai yg ambil kesempatan.
wah… lama dah aku tak naik bas.
aku slalu agak cuak kt tempat2 cam pudu nie..
but ya lah, with all these ppl screwing around,
our beliefs nak percaya n help ppl pun makin kurang..
Aku pernah kena bro, tapi time tu tgh naik motor kat bandar Ipoh, time tu tgh sesat nak cari jalan keluar ke jalan besar,
aku tak perasan ada mamat motor mana dah follow, pastu tahan aku tepi jalan, katanya dari gerik dia takde duit nak balik, dari pagi tak makan.., aku cakap dah takde duit tapi last² aku bagi jugak dlm rm10 (dia demand rm20 pulak), aku malas nak bising bagi lah jugak, janji dia tunjukkan aku jalan nak keluar ke jalan besar
bila pikir balik..pelik bukan katanya dari gerik tapi tau selok belok jln di ipoh (sah aku dah kena tiau) rm20 terbang, takpe tu zaman aku berhingus lagi, aku anggap sedekah je la
Sebab itu aku tak suka sangat ke Puduraya di mana terdapat manusia-manusia yang suka ambil kesempatan atas budi baik kita.
Mak aku kena dua minggu lepas kalau tak salah. Mat Motor, kat perhentian bas. Waktu tu mak aku balik dari pasar. mamat ni cakap moto dia rosak, takleh hidup. Dia minta duit kat mak aku, mak aku sorang, jadi dia risau la. Mak aku ckp, tak bawak beg duit, tapi ada la tunai rm10. Lepas tu mak aku marah dan nasihat sikit sikit, ckp kalau tipu mak aku tak halalkan seposen pun. Terus mamat ni, capai moto dia dan belah.
Tadi ckp moto takleh start… Apa kejadah?
Dah banyak merebak dah ni…
haha, biasalah la tu aku pun selalu kena,
pnh ada ari tu pompuan cina dtg kata duit dia
tak cukup nk beli tiket, sbb tiket dah naik..
so aku tanya berapa tak cukup? RM20 dia kata..
aku trkjt lah gak.. tak penah aku dgr tiket naik smpai
camtu.. so aku pun bagilah RM10 aku kata tu je aku ada..
aku tahu dia tipu, tapi for the sake agar dia tak gnggu ak lg
aku bg je lah..
hmmm.. seakan sma tp versi aku bermodalkan tayar motosikal pancit..
penah aritu, aku berenti tnggu kwn kat stesen mnyk, dtg sorg pakcik ni tolak moto dia yg pancit.. muka letih dan lesu.. dlm bakul moto ada botol air mineral yg dah nk abis..
dia ckp tayar dia pecah.. dia nk g kedai utk ganti tp duit x ckup smbil membuka wallet dia utk meyakinkan.. dia ckp, kalo aku ada tayar spare, tlg gntikn, nnt dia byr blk..(obviously aku x dak sbb pkai tubeless).. then dia ckp kalo x cy, jom g bengkel ngn dia.. aku mmg rushing skit aritu so ats sifat simpati, aku pun kasik la duit kat dia..
then esk harinya, abg aku plak story bnda yg seakan2 sma dgn kejadian yg aku alami.. pastu dah muncul pelbagai tnda tnya.. apakah itu suma sindiket?
x tau la..
aku pn pernah kena sekali…kt terminal makmur,kuantan..
aku tak brp igt detail mcm dia nk pergi mana or ape sbb dia jd xbrduit.ape yg aku igt die dtg kt aku mcm yg ko ckp,die tny aku studnt ke,kmudian bgtau die pn stdnt,kt politek manentah.so dia anggap aku lbh fhm situasi die sbb same2 stdnt.siap tnjuk surat laporan polis yg dah koyak rabak sbg bukti.aku time tu mmg takde duit,kena pergi atm dulu.bile aku offer nk beli same2 dgn die,die kate xbleh nk blk hr ni,sbb still dlm kes polis.aku pn sama xnk fikir bkn2,yg die ni mnipu,mgkin btol2 susah,kalu jd kat aku plak mcm mana.so,aku kata aku nk pergi atm,tp bila fikir blk aku rase ragu.last2 aku blah je tros.
Aku selalu gak terkena bro dkt KLCC! situ blh kata usahawan yg agak nampak educated tp bangang.. pakai baju lawa2, tp pau org..
Kes #1(Center KLCC): Pak Arab pakai kot smart, dtg tarik member aku dgn aku yg tgh rush nak naik tower 2 klcc… speaking abis, rupa2nya nak minta fund which is bukannya sikit nak minta, mesti lebih pnya.. so bg reason kitaorg ada meeting dkt atas, nk cepat…
Kes #2: Makan di Burger King KLCC sesorg,nak access internet, sbb x dpt internet kat tower 2.. tgh makan & buat keje, datang sorg brader duk meja sebelah… tegur aku dgn baik, tanya sorg je ke… aku tipu kata kawan tgh beratur, haha… then dia mula buat cerita sadis, company dia tak bayar gaji la… patutnya da masuk da, then dia tanya kat mana nak report kes dia pe sume… makin lama duduk makin dekat dgn aku… minta nama, no tepon tempat keje sume, sume aku tipu, hahaha… rupa2nya ada udang disebalik batu, minta RM250 dkt aku… siap tunjuk IC dkt aku(IC dia IC tipu, mmg nampak lain), suh aku pegang kad bank dia la, bila da setel kes dia, aku withdraw je duit dr kad bank tu… aku pon offer RM50, dia takmo…. banyak cekadak, blh demand plak… aku pon blah g security dkt tower 2… time blah terkejar2 mamat tu minta RM50, aku buat bodo jela, tp dgn perasaan cuak, wakakaka…
Kes #3: Lepak ditempat hisap rokok luar KLCC, datang sorg brader pau rokok… dlm hati pikir, xpela, ada gak yg mampus cepat nnti, aku pon bg jela… then dia tak blah dari situ, aku tanya nak apa, dia minta RM20 buat tambang balik, haishh.. da la pau rokok, nak pau duit plak… bg peha, nak betis plak, melampau la ni… aku blah g security lg… xde tukang pau yg nak dtg pau kat situ, sbb ada polis, hahaha…
itula kisah aku hampir kena pau dkt KLCC…
pau…tak abis2 dgn pau…tp klu fikir blk…bila kita takda wang…takda everythings untuk balik ke rumah…ada jalan lain tak?
aku kerap gak kena benda alah ni, maklum la aku jnih baik hati :P … cerita tu tayah habaq la, mcmc2 episod punya duk ada. nak balik kg anak sakit lah, bini masuk hospital lah apa la.. kita yg baik hati ni bagi la seringgit dua .. naya…
manusia …. oh manusia