
Adakah semua berasa takut dengan kadar jenayah di dalam dunia ketika ini? Lebih lebih lagi tahap dan jenis jenayah berat yang berlaku terutama sekali di negara kita? Kejadian kes budak-budak diculik dan diseksa sehingga mati, kes kes bunuh yang tiada penyelesaian dengan jumlah yang banyak sekali. Risaukah?
Tahap mentaliti dan siuman rakyat negara ini sudah semakin teruk. Kesan daripada globalisasi dan pengaruh barat yang sangat kuat. Lihatlah keadaan jenayah yang dilakukan, ibarat orang-orang psycho dalam cereka filem barat, jenayah kumpulan terancang seperti mafioso Itali dahulu kala. Pihak polis sudah melakukan yang terbaik, tetapi jenayah dan orang-orang gila ini semakin menjadi jadi dan tidak menentu.
Berdasarkan kelemahan polisi kesihatan kita, yang mana, kurangnya pendedahan kepada penyakit mental dan jiwa ini, tidak seperti negara barat yang menyediakan pakar sakit jiwa dan kaunselor, rakyat negara kita lebih suka menyimpan masalah jiwa mereka sendiri kerana takut dipulau oleh masyarakat setempat dan dipanggil GILA. Masalah jiwa menjadi semakin teruk, kemudiannya menjadikan mereka pesakit mental yang berkeliaran dan bercampur gaul dalam komuniti masyarakat negara ini. Tidak hairanlah, mereka-mereka ini, bila melakukan jenayah gila yang berbaur binatang ini, sukar dikesan dan amatlah sukar dicegah. Mereka-mereka ini kemungkinan adalah cikgu di tempat anak anda bersekolah, pekerja di kedai tempat anda membeli barang rumah, seorang penyanyi dalam kumpulan muzik, malah, mungkin sekali imam di masjid kariah anda. Mereka ini sukar diasing-asingkan.
Mereka ini ibarat bom jangka yang akan meletup bila-bila tanpa amaran…
Jangan terkejut satu hari nanti, Malaysia akan menjadi seperti Gotham City, yang jenayah menguasai kehidupan dan kegagalan untuk mengawalnya. Satu hari nanti, rompakan itu adalah seperti kes kecil, dan rogol itu adalah perkara remeh. Dan jenayah-jenayah terancang berlaku hampir setiap hari.
Mungkinkah negara kita juga diwaktu itu akan wujudlah vigilante-vigilante yang berjuang demi keadilan sendiri? Menentang kejahatan dari luar batas undang-undang? Dan menjadi hakim dan hud-hud kepada penjenayah-penjenayah tidak berperikemanusian ini?
Mungkinkah ketika itu akan wujud kesatria bertopeng yang menjaga keamanan dan kesejahteraan dengan meletakkan mereka yang patut dihukum di tempat yang sepatutnya? Akan adakah vigilante-vigilante ini yang sanggup menggadai nyawa sendiri, demi secebis keamanan dan harapan untuk generasi hari esok???
Dunia kini semakin gila. Segalanya mungkin…
Esok saja…
p/s:- Ini bukan entri lawak jenaka. Ini entri untuk manusia yang mahu berfikir. Revolusi itu perlu setiap masa.
Popularity: 16% [?]
32 Maklumbalas
Ikmal Ibrahim
September 23rd, 2007 | 5:09 pm
1sekarang ni, kita tak boleh nak membezakan bandar di mana-mana negara, semua sama saja, aku rasa phrase “the safest place in the world” untuk mana-mana bandar sudah tidak wujud…
bebeck…ko memang seorang revolutionist…
sankai
September 23rd, 2007 | 6:18 pm
2aku pun pelik dengan keadaan sekarang..cakap dah 50 tahun merdeka, tapi rasa macam kebelakang jer…..
gotham city.? i wonder who will be the joker.? hahahahhaa~
izzat
September 23rd, 2007 | 6:30 pm
3benar kata kau. dunia semakin gila..
kalau kau mahu jadi salah seorang dari vigilante-vigilante itu, secebis warning dari aku, tolonglah jangan pakai spender kat luar. buruk siot.
haha.
saharil
September 23rd, 2007 | 10:35 pm
4mungkin, jenayah menunjukkan kemajuan sesebuah negara. makin maju, makin dahsyat jenayah dia. tengok bunuh membunuh dan rogol merogol di amerika dan eropah..
sebuah negara yang mundur, prioriti rakyat adalah untuk mencari makan dan meneruskan hidup..
ijad
September 24th, 2007 | 6:26 am
5teringin nak tgk beck pakai spender kat luar…(aku tak pernah serious.)
beckzaidan
September 24th, 2007 | 9:10 am
6@ikmalibrahim >> semua orang revolusionist, tetapi hala tuju ke mana? itu soklannya…
@sankai >> ntah la. merisaukan keadaan sekarang.
@izzat >>tak semstinya vigilante perlu jadik superhero macam superman. superman bukan vigilante. vigilante adalah seperti batman. superman itu hero mainstream goodytooshoe… sama macam badan-badan/persatuan/kumpulan yang suka kissup.
@saharil >> setuju, tetapi tidak adakah negara-negara yang mungkin di masa depan maju dan aman damai?
@ijad >> ko jgn bai.
catz
September 24th, 2007 | 10:27 am
7bile difikir-fikirkan jika aku revolusionist, hala tuju aku mesti tidak boleh diterima akal sesiapapun…
namun berjuanglah utk diri sendiri, at least kita bukan antara mereka yg kalah..
mohdismail
September 24th, 2007 | 1:33 pm
8salah satu sebab, orang kita di’terapkan dengan perasaan malu untuk meluahkan perasaan sejak kecil lagi.. lihat sekarang, anak-anak kecil tidak banyak di’beri peluang utk meluahkan rasa & banyak menurut telunjuk ibu bapa… tidak salah, tetapi ibu bapa perlu mempertimbangkan masalah & luahan hati anak-anak juga…
jika di’biarkan mereka simpan & malu untuk meluahkan, satu hari mereka akan menjadi begini, menjadi seperti kau kata, bom jangka!
*biarkan anak-anak bersuara…
beckzaidan
September 24th, 2007 | 2:05 pm
9@catz >> revolusionist bukanlah pilihan individu. percayalah, walau apa pun hala tuju kita, pasti ada mereka mereka yang memilih yang sama. itu naluri manusia. cuma revolusi itu perlu jelas.
@mohdismail >> setuju. generasi kita di ajar supaya simpan semuanya dalam hati dan jangan menjawab. jadi kayu. kita juga diterapkan rasa malu yang entah apa apa, malu itu ini, semuanya malu. tidak mahu berkongsi perasaan dan masalah juga. ya, mereka-mereka ini bom jangka.
omarbahrin
September 24th, 2007 | 3:15 pm
10aku pon semakin risau ngn keadaan skrg ni…adakah smua cerita sains fiksyen yang selalu aku tgk….keadaan negara yg huru hara walaupon semakin maju akan menjadi realiti…
dimana peperangan dan rusuhan sering tercetus…dimana nyawa manusia seperti kertas kotor….dibuang di tepi2 jalan…semuadah itu…
beckzaidan
September 24th, 2007 | 4:03 pm
11@omarbahrin >> nantikan kemunculan vigilante yang satu masa dahulu, nizamnuri katakan adalah psycho…
palie
September 24th, 2007 | 5:41 pm
12manusia akhir zaman ni macam perangai & karenah nya… entahlah…
kidd
September 24th, 2007 | 11:11 pm
13dunia fana ini bukan seperti cereka bayangan Bob Kane & Bill Finger. cerita habis dalam 2-3 sekuel.jangan lupa, wujudnya vigilante bukan bererti pupusnya jenayah. jenayah takkan pupus sampai bila2. jenayah akan pupus apabila neraka menjadi sejuk dan bertukar menjadi syurga kedua.tatkala amarah tidak menjadi tuhan.mustahil bukan?tu dia hakikat.
beckzaidan
September 25th, 2007 | 8:45 am
14@palie >> betul betul. dan semakin teruk…
@kidd >> aku tidak katakan dunia fana seperti cereka komik atau apa apa sekalipun. tetapi keadaan sekarang, dan kemungkinan masa hadapan yang lebih teruk, tidakkah akan mendatangkan hasil yang sama? jenayah memang akan selalu ada, tetapi kaedah dan tindak laku jenayah ini semakin teruk.
menyeksa budak secara seks, menyumbat sayuran dan buah-buahan ke dalam kemaluan sampai mati, tidakkah itu pemikiran seorang yang tidak ada akal yang siuman? jiran bergaduh, sehingga sanggup bertikam-tikaman dengan pisau, tidak itu tidak normal? mengamuk mencantas orang dengan pedang samurai, itu norma hidup kebiasaan ke? apa lagi?
bagi pelaku seks yang akal mcm keldai dan bahgal ini, aku salurkan satu maklumat penting bagi korang. iklankan saja di tempat mencari kawan cyber seperti di myspace atau friendster, iklan kan…
“MENCARI PEREMPUAN MUDA YANG MENYUKAI S&M DAN SEKS KINKY. TIDAK KISAH JIKA PUSSYNYA DISUMBAT DENGAN TIMUN, TERUNG, ATAU LOBAK PUTIH. HARUSLAH OPEN MINDED DAN MENYUKAI PERMAINAN SEKS, PM ME… LELAKI GERSANG PERLUKAN ENTERTAINMENT…”
sure berlambak perempuan malah jantan-jantan yang akan reply iklan ini. lakukanlah apa ko nak buat dengan diaorang sbb diaorang suka pussy mereka disumbat bilah cangkul sekalipun.
yang engkau pergi culik budak tak berdosa dan seksa sampai mati sapa suruh. tunggulah balasan ko di neraka kelak.
argh, esok saja…
p/s:- aku amat amat mempunyai perasaan marah bila bercakap tentang pelaku seks yang melibatkan kanak-kanak kecil. sangat sangat… sungguh
amna
September 25th, 2007 | 9:17 am
15benar. sakit. sakit hati ini membayangkan penyiksaan yang ditanggung anak kecil itu sehingga mati. tak mahu fikir. tak boleh tidur!
duez
September 25th, 2007 | 10:03 am
16orang yang melakukan itu bagi aku mempunyai masalah mental yg series tetapi tidak nampak dari luaran.Mungkin juga terpengaruh dgn siri cerita porno yang makin bersepah.
Aku harap sape yang buat perkara bodoh ditahap hina ke 18 itu menjadi seperti salah seorang buruan top 10 FBI!
p/s:kalau dapat kat aku aku potong je ko**
nizam nuri
September 25th, 2007 | 10:42 am
17“MENCARI PEREMPUAN MUDA YANG MENYUKAI S&M DAN SEKS KINKY. TIDAK KISAH JIKA PUSSYNYA DISUMBAT DENGAN TIMUN, TERUNG, ATAU LOBAK PUTIH. HARUSLAH OPEN MINDED DAN MENYUKAI PERMAINAN SEKS, PM ME… LELAKI GERSANG PERLUKAN ENTERTAINMENT…”
damn it.
Ikmal Ibrahim
September 25th, 2007 | 1:59 pm
18haha…ada orang buat iklan weh…
p/s- abang nak ke???
kidd
September 25th, 2007 | 4:53 pm
19beck>>aku suka komentar berapi anda!
jangan risau, makhluk semisyaitan itu akan diseksa teruk nnt. hatta dek manusia atau tuhan. aku rasa baik saja makhluk semi syaitan ini diseksa dan dipertontonkan di khalayak ramai. kecutkan telur bakal2 semisyaitan, yang terlintas di hati hitam mereka untuk menjilat jejak langkahnya.
Qaiyum
September 26th, 2007 | 3:39 am
20Aku Sanggup Menjadi Vigilante Bertopeng Itu Demi Secebis Keamanan. Sanggup Membakar Diri Demi Manusia Lain. Tapi Persoalan Utamanya Bukan Kenapa Ada Aku? Tetapi Kenapa Ada Mereka…
Tahla. Makin Manusia Mengejar Ketamadunan Akan Semakin Jatuhlah Juga Nilai Moraliti Itu. Kenapa? Tah. Taktau. Haha.. Kesian Atlantis.
beckzaidan
September 26th, 2007 | 2:09 pm
21@amna >> saya juga begitu.
@duez >> alangkah mudah jika perundagan negara kita begitu. poteng ko**. huhu~
@nizamnuri >> ko try iklan kat myspace, dan tgk berapa org akan balas iklan classified ko tu…
@ikmalibrahim >> ko tgk nizam, ikmal dah jawab iklan ko…
@kidd >> aku suka begitu, seksa dia. kasik setiap org dalam rakyat malaysia sebat dia. pikirlah kalau 21juta org, dagingnya hanya akan ada cebis cebis di rangka tulangnnya. wow… hukuman menarik. satu rakyat malaysia beratur dan melakukan sebatan seorang sekali…
@qaiyum >> Sanggup? bagus. tapi kewujudan vigilante ini, akan berjayakah menghapuskan mereka mereka yang gile dan kejam ini? itu kita akan tahu. sial register nama vigilante anda pejuang keamanan bertopeng…
aku mungkin akan ambil masa sedikit untuk entri terbaru. aku sedikit tertekan kebelakangan ini dengan hidup dan kerja. aku akan kembali secepat mungkin. sabar… mungkin esok, mungkin lusa.
esok saja…
bali
September 26th, 2007 | 3:21 pm
22cepat la wei entri terbaru. aku dahagakan entri terbaru ko. aku dah ketagih. gigil dah aku ni. cepat2.
beckzaidan
September 26th, 2007 | 4:14 pm
23@bali >> mcm sial…
od3n
September 27th, 2007 | 2:41 am
24xchange link ok.
palie
September 27th, 2007 | 12:52 pm
25yupp.. benar tu… update laa entry baru… sebgai bahan bacaan di kala kebosanan…
nizam nuri
September 27th, 2007 | 4:12 pm
26update la woi!
bali
September 27th, 2007 | 4:20 pm
27kalau kau tak update. kami bakar blog ni.
beckzaidan
September 27th, 2007 | 5:00 pm
28ahahaha. wei wei. jgn paksa aku tulis la wei. aku malas skrg ni. ahahaha…
henshin!!!
bali
September 27th, 2007 | 5:36 pm
29kalau kami bayar kau untuk menulis, mahu?
Ikmal Ibrahim
September 28th, 2007 | 4:04 am
30sudah masuk hari kelima sejak entri terakhir dari situs ini…apa lagi yang boleh aku tonton/lihat/baca?? mane entri baru weh?? ko kan sumber inspirasiku?? oh abang beck…tolonglah daku…tuliskanlah hikayatmu…
beckzaidan
September 28th, 2007 | 8:30 am
31ahaha… korang buat aku rasa serba salah… jgn la wei. rilek rilek. sebelum hari jumaat ni berakhir, aku janji satu entri…
Batman Loy
July 12th, 2008 | 2:42 pm
32Batman Loy - Vigentel masa kini……
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya? Keldai yang baghal, atau kambing biri-biri arus perdana?
Lagi...
Komentor Kerap
Artikel Kegemaran
Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER...?Anda Bosan Di Hujung Minggu..?Tahniah Rakyat Malaysia!!!Fhotografi: Siapa peduli...?Selamat Datang Ke WWW.FENDYZAIDAN.COMAngkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya...Kamu Tidak Se"HOT" Itu...Puasa: Sebuah Kenangan Lampau...Jilat! Jilat! Jilat!Aku Mahukan Maklumat...Jangan Peduli: Entri Sumpahan...Membaranya Kejahatan...Aku Benci MohdIsmail.Net...Persetankan: T-Shirt!!!Buang Tabiat : Siri 2Halal, Tidak dan Was-Was...Vigilante Masa Depan...Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Affendy Zaidan...Sharifah Amani, Bahasa Melayu Dan Mencemar Budaya...KLian: Manusia Untuk Dibenci...
Pengunjung
Huha!
Free shoutbox @ ShoutMix
Affiliasi
beckzaidan @ [mail]
Dilindungi oleh
Creative Commons Attribution 2.5 License
2001-2008.
Hakcipta Terpelihara.
Stats
Artikel Terkini
Komen Terkini
Pautan Pantas
Menggunakan enjin WordPress - BloggingPro thema oleh Design Disease.
Manusia Prahistorik Digital… Hakcipta Terpelihara 2007. CSS asal diedit/rip oleh BaliOmega dan Beckzaidan.