230907a.jpg

Adakah semua berasa takut dengan kadar jenayah di dalam dunia ketika ini? Lebih lebih lagi tahap dan jenis jenayah berat yang berlaku terutama sekali di negara kita? Kejadian kes budak-budak diculik dan diseksa sehingga mati, kes kes bunuh yang tiada penyelesaian dengan jumlah yang banyak sekali. Risaukah?

Tahap mentaliti dan siuman rakyat negara ini sudah semakin teruk. Kesan daripada globalisasi dan pengaruh barat yang sangat kuat. Lihatlah keadaan jenayah yang dilakukan, ibarat orang-orang psycho dalam cereka filem barat, jenayah kumpulan terancang seperti mafioso Itali dahulu kala. Pihak polis sudah melakukan yang terbaik, tetapi jenayah dan orang-orang gila ini semakin menjadi jadi dan tidak menentu.

Berdasarkan kelemahan polisi kesihatan kita, yang mana, kurangnya pendedahan kepada penyakit mental dan jiwa ini, tidak seperti negara barat yang menyediakan pakar sakit jiwa dan kaunselor, rakyat negara kita lebih suka menyimpan masalah jiwa mereka sendiri kerana takut dipulau oleh masyarakat setempat dan dipanggil GILA. Masalah jiwa menjadi semakin teruk, kemudiannya menjadikan mereka pesakit mental yang berkeliaran dan bercampur gaul dalam komuniti masyarakat negara ini. Tidak hairanlah, mereka-mereka ini, bila melakukan jenayah gila yang berbaur binatang ini, sukar dikesan dan amatlah sukar dicegah. Mereka-mereka ini kemungkinan adalah cikgu di tempat anak anda bersekolah, pekerja di kedai tempat anda membeli barang rumah, seorang penyanyi dalam kumpulan muzik, malah, mungkin sekali imam di masjid kariah anda. Mereka ini sukar diasing-asingkan.

Mereka ini ibarat bom jangka yang akan meletup bila-bila tanpa amaran…

Jangan terkejut satu hari nanti, Malaysia akan menjadi seperti Gotham City, yang jenayah menguasai kehidupan dan kegagalan untuk mengawalnya. Satu hari nanti, rompakan itu adalah seperti kes kecil, dan rogol itu adalah perkara remeh. Dan jenayah-jenayah terancang berlaku hampir setiap hari.

Mungkinkah negara kita juga diwaktu itu akan wujudlah vigilante-vigilante yang berjuang demi keadilan sendiri? Menentang kejahatan dari luar batas undang-undang? Dan menjadi hakim dan hud-hud kepada penjenayah-penjenayah tidak berperikemanusian ini?

Mungkinkah ketika itu akan wujud kesatria bertopeng yang menjaga keamanan dan kesejahteraan dengan meletakkan mereka yang patut dihukum di tempat yang sepatutnya? Akan adakah vigilante-vigilante ini yang sanggup menggadai nyawa sendiri, demi secebis keamanan dan harapan untuk generasi hari esok???

Dunia kini semakin gila. Segalanya mungkin…

Esok saja…

p/s:- Ini bukan entri lawak jenaka. Ini entri untuk manusia yang mahu berfikir. Revolusi itu perlu setiap masa.

Popularity: 16% [?]