Yosh: Update Kehidupan…

Rasanya sudah berapa lama tidak aku buat kemaskini kehidupan seperti selalu (sebulan sekali). Sibuk dengan kerja dan sebagainya. Tidak ada masa pun untuk bersama kawan dan hobi. Dengan isteri pun curi-curi masa. Mungkin selepas ini lagi sukar untuk aku kemaskini situs ni.

Mungkin kerana aku akan tamatkan perkhidmatan Maxis Broadband aku. AKu sangat kecewa dengan mutu perkhidmatan broadband ni. Sangat-sangat tidak reliable ketika waktu-waktu yang amat diperlukan. Waktu nak update entri ni pun, sudah dua kali disconnected without any fucking apparent reason. Macam mana nak guna untuk download dan video streaming? Sakit hati tul bila tengah chat dengan kawan-kawan, tetiba terputus and ambil masa macam lama gila untuk dapat balik online. Bayaran RM138 sangat-sangat tidak berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan.

Malaysian Communications and Multimedia Commision (MCMC) perlu reviu semula perkhidmatan yang ditawarkan oleh telco-telco dan klausa-klausa yang dikenakan dalam kontrak. Ada sesetengah kontrak yang dikeluarkan oleh telco, macam tidak membela nasib pengguna. Contohnya klausa termination kontrak yang akan dikenakan charge tertentu. Yang peliknya, bila nak kena charge tu on-the-spot kena bayar, tapi nak return balik activation fee, ambik masa sembilan bulan (dari komplen beberapa pengguna di forum-forum yang membincangkan perkara ni). Pelik tak? Reviu balik, please.

Dalam perkara yang sama, aku dah tukar telco, begitu juga Dhilla. Dah port nombor ke Celcom. Lepas ni nak cuba buat 5+1 plan pulak so aku ngan Dhilla boleh berhubung secara percuma. Tapi ini bukan bermakna aku tidak puas hati dengan telco lama aku, DiGi. Aku sangat puas hati. Tetapi, oleh kerana aku perlu dapatkan BIS (Blackberry Internet Services), so aku terpaksa bertukar telco. Kalau dalam masa setahun, DiGi keluar dengan perkhidmatan BIS, aku akan bertukar ke DiGi semula.

Oh, aku sudah pakai Blackberry Storm. Telefon Nokia aku yang lama (tak lama pun, still under warranty dan tak calar sikit pun), aku berikan pada Dhilla. Setakat seminggu penggunaan Storm ni, aku rasa, sangat puas dan memenuhi kehendak jiwa. Akses ke email dengan pantas, dapat reply dari multiple email inbox aku (hotmail, yahoo, gov.my, dan juga vodafone.com.my) dengan segera. Boleh reply walaupun dalam bilik air. Akses ke internet pula, boleh tahan dengan device sekecil ini.

Walaupun tak sehype iPhone, Storm ni, suit it purposes dan purposenya memang banyak. Dari email forwarding, MMS (yang tak boleh dibuat dengan iPhone, wtf?), dan juga as a media phone. Juga ada document editor yang boleh diguna untuk waktu waktu kecemasan. Puas lah kot setakat ini. Masalahnya cuma alert facebook dan email yang masuk bertalu-talu ketika malam hari… :)

Cukup agaknya untuk bahagian komunikasi…

Kerja pulak, rasanya makin ringan tetapi masalah yang timbul buat aku jadi tekanan pulak. Immediate boss aku dah masuk. Hands-on person. Baguslah. Aku cuma lebih perlukan dia untuk decision making dan suara untuk unit tu, lebih sesuai. Kerja takpe, aku boleh handle. Tapi prosedur-prosedur remeh yang timbul ni, buat aku jadik muak la kerja ngan kerajaan ni. Aku masih cuba cari kerja lain. Tak nak tunggu dekat sini, sedangkan kawan-kawan lain dah mula bertukar post/jawatan dan aku masih lekat di situ dengan post yang sama.

Hobi macam mana? AKu berhenti kejap dengan koleksi figura aku. Duit short tiap-tiap bulan, camne nak beli figura baru? Baru-baru ni jual semua SHF aku, tinggal Urataros sahaja. Yang lain semua orang dah angkat. Duit dari SHF tu, ada sikit je yang beli sekotak SIC, lain semua pakai bayar Maxis Broadband nye termination fee. Fuck tak?

Minggu depan Birthday Dhilla, harap-harap dia datang sini. Nak spend extra quality time dengan dia.

Cukup dulu setakat ini…

Esok saja…

Popularity: 24% [?]

Kongsi Jika Suka:
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Digg
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • RSS

5 Comments so far

  1. steellusion on May 10th, 2009

    haha.. ouh skg ang pkai celcom line ke bro? so jimat la kou nak reply sms aku msa bli figura tue.. kalau tak mau kopak credit.. hohh.. kou nak stop plak hobi SIC ni? tapi tak rugi apa pon kalau kou stop smentara.. sempat gak aku nak hambat koleksi ang.. :P

  2. buaya on May 12th, 2009

    salam..telco-telco semua kejar keutungan jer..bkn nak sgt bg perkhidmtan terbaik pn…

  3. Fahmishah on May 16th, 2009

    Ramai juga pakai Blackberry, hari itu, dalam lif pun aku nampak seorang pelajar se’kolej pakai Blackberry

  4. suerie on May 25th, 2009

    beck.. masa subscribe maxis dlu takkan x dgr org len menyumpah seranah maxis broadband bagai nak mati? mmg tak reliable langsung. celcom bole tahan tp tgk area jugak, same goes streamyx (fixed line). ada certain org mmg line streamyx diorg mcm nak menyumpah2 gak (cth area shah alam) tp so far kt serdang ni tak pepenah lak line tu buat hal. again, depends on area gak..

  5. Mr.T on May 27th, 2009

    Haha! mantap..jaga2 bro, sebahagian kenyataan bole mengundang kecelakaan.

Leave a Reply